Kuala Lumpur, 05 May 2018 – Perlawanan Ragbi Asia Malaysia dengan Korea Selatan telah berlangsung di Stadium Nasional,KL Sports City. Pasukan Korea Selatan telah berjaya menewaskan pasukan Malaysia dengan skor 35 – 10. Manakala pada perlawanan kedua di antara Pasukan Malaysia bertemu Hong Kong, Malaysia tewas buat kali keduanya dengan skor 8 - 67. Dianggarkan hampir 11,000 orang penonton yang hadir bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan itu dan ini menunjukkan sukan ragbi sememangnya mempunyai peminat tersendiri.
Kuala Lumpur, 01 Mei 2018 – Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018 telah berlangsung selama empat hari di Stadium tertutup, Axiata Arena KL Sports City. Kejohanan gimnastik berirama Asia ini melibatkan saingan kategori individu, berkumpulan mengikut ranking dan kategori all-around.
Selain Malaysia, edisi kali ini turut melibatkan penyertaan dari lain-lain Negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, Uzbekistan, Kazakhstan, Mongolia, Krygztan, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia,Filipina, Qatar, Iran, Lubnan dan Korea Selatan.
Kuala Lumpur, 08 April 2018 – Anugerah Meletop Era yang telah berlangsung dengan penuh gilang- gemilang di Axiata Arena berakhir dengan mengiktiraf aktres Neelofa dan penyanyi Khai Bahar sebagai pemenang utama kategori artis Top Top Meletop pada tahun ini.
Acara hiburan ini turut dimeriahkan lagi dengan penampilan artis popular tanah air di karpet merah dengan menggayakan pakaian mengikut tema blactie classic. Selain itu, acara diserikan lagi dengan persembahan hebat dari penyanyi senior seperti Datuk Ramli Sarip,Fransissca Petter, Gersang , Ruffedge dan ramai lagi.
Kuala Lumpur, 07 April 2018 – Barisan Nasional telah melancarkan manifesto bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke- 14 di Axiata Arena KL Sports City. Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak membentangkan kandungan manifesto pada majlis pelancaran tersebut yang bermula jam 8.30 malam
Selain itu, pada sebelah siangnya beberapa program menarik turut diadakan antaranya persembahan artis popular tempatan serta hidangan makanan percuma yang disediakan oleh lebih 100 peniaga food truck.
[ photo_gallery style="4" source="directory: images/news/2018/manifesto"]Kuala Lumpur, 06 April 2018 – Subway merupakan sebuah syarikat makanan segera berkonsepkan sandwich kini dibuka di Axiata Arena KL Sports City. Majlis pembukaan buat pertama kalinya hari ini telah memberikan subway secara percuma kepada orang yang hadir.
Rangkaian francais subway telah beroperasi bermula hari ini di dalam stadium dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Kini, Orang ramai yang berkunjung di sekitar KL Sports City boleh menikmati pelbagai menu sandwich yang ditawarkan.