Lawat Kawasan Berdekatan - Kuala Lumpur Sports City
Tempat Menarik Berdekatan
i. PENGANGKUTAN
STESEN LRT BUKIT JALIL
Stesen LRT Bukit Jalil adalah stesen transit aliran ringan yang dikendalikan oleh RapidKL yang berlokasi di kawasan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini digunakan oleh ramai peminat sukan kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur Sports City. Stesen ini dibuka pada 6.00 pagi dan ditutup pada 11.25 malam setiap hari dan operasinya dilanjutkan sewaktu penganjuran acara besar.
ii. PENGINAPAN
HYATT PLACE KUALA LUMPUR BUKIT JALIL
Fakta Hotel:
Hyatt Place pertama di Malaysia, dan satu satunya hotel rangkaian antarabangsa di Bukit Jalil 250 bilik, 1 ballroom & 4 ruang acara
· 2 Kedai F&B & 2 restoran pihak ketiga
Lokasi:
Hanya 7 minit pemanduan dari hotel ke Stadium Nasional Bukit Jalil
Mudah dalam jarak berjalan kaki ke Pavilion, salah satu pusat membeli-belah terbesar di Kuala Lumpur
Maklumat lanjut : https://www.hyatt.com/en-US/hotel/malaysia/hyatt-place-kuala-lumpur-bukit-jalil/kulzk
iii. AGENSI BERKAITAN
MAJLIS SUKAN NEGARA
Majlis Sukan Negara Malaysia ialah sebuah agensi kerajaan dan badan berkanun di bawah Kementerian Belia dan Sukan Kerajaan Malaysia yang mentadbir aktiviti sukan di Malaysia. Ia terletak di Kuala Lumpur Sports City.
INSTITUT SUKAN NEGARA
Institut Sukan Negara (ISN) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang menjadi peneraju pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara. Kecemerlangan dan kejayaan dalam meningkatkan prestasi atlet dan sukan negara menjadi fokus utama ISN. Ia terletak di Kuala Lumpur Sports City.
iv. BUKIT JALIL GOLF & COUNTRY RESORT
Bukit Jalil Golf & Country Resort (BJGCR) adalah salah satu kelab desa yang paling hangat diperkatakan di Lembah Klang dan tidak menghairankan mengapa. Terletak di lokasi yang mudah diakses, BJGCR ialah sebuah resort dengan alamat elit dalam kawasan paru-paru hijau Kuala Lumpur.
v. BALAI POLIS BUKIT JALIL
Balai Polis Bukit Jalil merupakan balai utama bagi kawasan Kuala Lumpur Sports City. Alamat dia adalah di Jalan Alam Sutera Utama, Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Sila hubungi 03-89943284 untuk talian terus.
vi. PAVILION BUKIT JALIL
Ia merupakan pusat beli-belah kedua di bawah jenama "Pavilion", mengikut konsep Pavilion Kuala Lumpur di Bukit Bintang. Kawasan sekitar pusat membeli-belah juga termasuk pangsapuri, kediaman dan kedai komersial.
vii. THE MINES
The Mines, yang sebelum ini dikenali sebagai Mines Shopping pada Mac 2010. Selama bertahun-tahun, CapitaLand telah mengubah The Mines menjadi pusat beli-belah kejiranan kontemporari dengan kerja-kerja menaik taraf utama termasuk mewujudkan ruang runcit tambahan, merombak sistem tempat letak kereta, menukar bilik basuh baharu, mewujudkan tambahan jambatan penghubung dan set eskalator baharu di dalam pusat membeli-belah.
viii. KINRARA GOLF CLUB
Hanya 15 minit dari Bukit Jalil dan 45 minit dari Kuala Lumpur, Kelab Golf Kinrara terletak di sebelah hotel peranginan bertaraf 3 bintang bernama Kinrara Resort. Tempat ini adalah antara tempat terbaik di Puchong, Selangor untuk bermain golf dan berehat. Dengan pemandangan indah di tengah-tengah bandar, kelab ini adalah tempat yang bagus untuk menjauhkan diri dari semua kesibukan.
ix. IMU HEALTHCARE
IMU Healthcare ialah kemudahan penjagaan kesihatan bersepadu di Bukit Jalil yang menawarkan lima perkhidmatan utama iaitu Perubatan, Pergigian, Kiropraktik, Perubatan Cina dan Dialisis.