jata kbs Agensi rasmi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Boyzone Temui Peminat di Axiata Arena di KL Sports City

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2018 – Kumpulan yang popular dengan lagu ‘Everyday I Love You’ pada era 90 an iaitu Boyzone telah memilih Axiata Arena sebagai salah satu lokasi untuk Konsert Jelajah sempena 25 tahun Boyzone.

Keluasan dan kecanggihan peralatan satu kemudahan di sentiada menjadikan Axiata Arena sebagai pilihan penganjur untuk Konsert Antarabangsa dan juga tempatan.

Walaupun dikatakan kemunculan kumpulan ini pada era 90 an, ternyata peminat yang datang adalah dari pelbagai peringkat umur yang tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan secara lebih dekat persembahan artis antarabangsa ini. Ternyata Boyzone merupakan kumpulan yang dekat di hati peminat Malaysia.

Konsert yang bermula pada jam 8.30 malam telah menampilkan lagu pertama yang bertajuk ‘Picture Of You’ diikuti dengan nyanyian bersama peminat.  

Viper Challenge di KL Sports City

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2018 – Lebih 7000 peserta yang membanjiri KL Sports City berjaya mengatasi cabaran biarpun terpaksa menempuh beberapa halangan baru yang lebih unik serta mencabar dalam siri larian berhalangan Viper Challenge, Great Eastern Viper Arena 2018 Sabtu lalu.

Acara Viper Challenge ini telah menggunakan hampir keseluruhan ruang yang terdapat di KL Sports City. Antara laluannya adalah di Stadium Nasional, ruang legar Axiata Arena dan sekitar Pusat Skuasy Nasional. Dianggarkan acara ini berlangsung bermula dari jam 5.00 petang hingga 4.00 pagi. Walaupun acara ini pada waktu malam, ianya tidak membataskan semangat peserta-peserta yang menyertai acara ini.

Konsert 16 Baris Joe Flizzow di Kompleks Sukan Jalan Duta

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2018 - Buat julug kalinya, Kompleks Sukan Jalan Duta (KSJD) telah menjadi pilihan penganjur untuk acara konsert 16 Baris, Joe Flizzow. Dengan keluasan stadium tenis tertutup itu, ianya dilihat mampu untuk memberikan keselesaan kepada semua peminat yang datang untuk menyaksikan artis-artis kesayangan mereka membuat persembahan.

Dianggarkan seramai 3,000 peminat muzik genre rap dan hip hop hadir untuk memberi sokongan. Konsert yang dijadualkan bermula jam 5.00 petang berlangsung selama 6 jam. Walaupun demikian, peminat telah mula membanjiri perkarangan Kompleks Sukan Jalan Duta seawal jam 3.00 petang untuk menunggu kemunculan Joe Flizzow.

Kemudahan awam yang terdapat di kompleks Sukan Jalan Duta juga telah memudahkan semua yang datang. Disamping itu, Terdapat juga jualan food truck yang disediakan bagi mereka yang ingin membeli makanan dan minuman. 

Sambutan Ulangtahun ke-20 Kompleks Sukan Negara dan Kompleks Sukan Bukit Kiara

Kuala Lumpur, 28 Julai 2018 – Sambutan Ulangtahun ke-20 Kompleks Sukan Negara dan Kompleks Sukan Bukit Kiara telah diadakan pada 28 dan 29 Julai 2018 bertempat di KL Sports City. Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) melalui kolabarasi bersama pihak Media Prima telah menampilkan acara tahunan mereka iaitu Jom heboh sebagai klimaks kepada sambutan ulang tahun tersebut. Kolabarasi tersebut telah berjaya menarik pengunjung untuk datang berkunjung di Kompleks Sukan Negara yang kini telah dinaiktaraf dan ditukar nama kepada KL Sports City.

Selain dapat berkunjung ke Karnival Jom Heboh dan konsert, PSM juga telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik kepada orang awam dengan menggunakan semua kemudahan yang sedia ada di KL Sports City. Antara aktiviti – aktiviti yang telah diadakan ialah Stadium Tour, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Peragaan Kanak-kanak, Kejohanan Futsal, Inline Skate Clinic dan Booth PSM juga turut di lokasi karnival Jom Heboh. Di booth PSM, beberapa panel PSM seperti Build Up Resources, F&N 100 Plus, International Medical University, dan Seat Advisor turut sama memeriahkan booth dengan aktiviti masing-masing.

Melalui aktiviti Stadium tour orang ramai berpeluang merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam stadium seperti lobi utama, suite kenamaan, bilik persalinan pemain dan pengunjung turut di bawa turun sehingga ke trek dan padang. Ulangtahun 20 ini juga turut menampilkan seorang peserta dari Malaysia yang telah mencipta rekod pada hari tersebut dengan melakukan larian kebelakang (Run Backwards) bermula dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam di trek Stadium Nasional. 

Axiata Arena Menjadi Pilihan Peninju Tersohor Manny Pacquiao

Kuala Lumpur,15 Julai 2018 – Orang ramai mula membanjiri Axiata Arena seawal jam 7.00 pagi bagi menyaksikan Fight Of Champions yang menampilkan peninju tersohor, Manny Pacquiao dari Filipina. Manny Pacquiao telah memilih Axiata Arena untuk bertemu dengan lawannya Lucas Matthytsee dari Argentina. Ini merupakan sejarah kepada Axiata Arena yang telah dipilih sebagai venue acara.

Yang Amat Berhormat Tun Mahathir bersama-sama dengan Presiden Filipina Rodigo Duterte turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini. Antara tetamu-tetamu terhormat lain yang turut sama adalah Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu dan Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Syed Saddiq.

Selain itu, penonton-penonton yang datang berpeluang untuk mendapatkan koleksi cenderamata Ekslusif Fight Of Champion. Axiata Arena turut menyediakan penjualan food truck untuk para penonton membeli makan dan minum seppanjang berada di sana.