jata kbs Agensi rasmi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Stadium Hoki Nasional

Kuala Lumpur Sports City

Kompleks ini terdiri daripada dua stadium iaitu Stadium Hoki Nasional 1 dan Stadium Hoki Nasional 2 yang terletak bersebelahan antara satu sama lain, kedua-dua stadium digunakan untuk perlawanan hoki semasa Sukan Komanwel XVI-Kuala Lumpur ’98.

Stadium Hoki 1 menggunakan sistem kerangka ruang dan Xtreme Turf oleh ACT Global. Ia mempunyai kapasiti tempat duduk brbumbung sebanyak 12,000 penonton

Kompleks ini dilengkapi dengan bilik mesyuarat, bilik anti doping, bilik rawatan, bilik persalinan dan bilik fisio. Pusat Media menggabungkan ruang istirahat media dan ruang liputan untuk 100 wartawan, platform kamera TV, bilik penyiaran dan bilik sidang media selepas perlawanan.

Kemudahan lain termasuk ruang tempat duduk VIP yang lengkap dengan ruang istirehat, pusat kawalan polis, bilik kawalan keselamatan, sekretariat am dan bilik teknikal, ruang rehat pegawai, bilik pembantu teknikal, pusat pengedaran keputusan dan surau.

Lampu sorot yang dipasang di bahagian tepi bumbung mempunyai tahap pencahayaan maksimum 2,000 lux dan boleh dimalapkan ke paras lima. Papan markah elektronik dan manual berwarna penuh disediakan untuk tontonan umum sepenuhnya.

Stadium Hoki Nasional 2 dijadikan sebagai tempat Latihan dan pemanasan badan yang turut menggabungkan Xtreme Turf oleh ACT Global. Stadium yang lebih kecil itu bagaimanapun mempunyai kapasiti tempat duduk 2,000 penonton dengan tempat duduk berbumbung untuk 1,000.

Lampu limpah di sini juga boleh dikawal ke paras iluminasi maksima sehingga 2,000 lux. Papan markah elektronik dan manual berwarna memaparkan keputusan dan markah.

 

KLSC LAYOUT  ARENA LAYOUT