jata kbs Agensi rasmi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Stadium Nasional

Kuala Lumpur Sports City

Stadium Nasional adalah hub sukan dan bukan sukan yang terbesar di Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil. Stadium berbentuk ovul ini berkeluasan 76,000 meter persegi dan mempunyai tiga tingkat bagi tempat duduk penonton.

Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula Mac 1994 dan siap sepenuhnya pada tahun 1998 dengan pembukaan semasa acara Sukan Komanwel XVI - Kuala Lumpur '98.

Menempatkan padang yang bersaiz 105m x 65m yang juga dilingkungi trek sintetik 9 lorong berukuran 400 meter yang dibina mengikut spesifikasi badan-badan sukan antarabangsa. Trek berukuran 6 meter x 60 meter turut terdapat di sini bagi tujuan atlet memanaskan badan.

Rekabentuk keseluruhan bangunan ini memisahkan kedudukan kumpulan yang berbeza iaitu atlet, pegawai, penonton, VIP dan kakitangan media. Penonton memasuki stadium melalui dataran utama yang berada di aras sama dengan plaza pejalan kaki yang mengelilingi stadium.

Selain itu, terdapat juga tempat duduk DiRaja, korporat dan ruang istirehat. Kawasan media yang berasingan itu termasuklah pejaba-pejabat berita, bilik penyiaran dan bilik kelengkapan teknikal.

Diaras satu terdapat bilik persalinan, bilik sauna serta bilik untuk pengadil dan jurulatih. Kemudahan-kemudahan pengurusan pertandingan, perkhidmatan keselamatan dan penyimpanan kelengkapan juga terdapat di sini

Sistem bunyi dinamik juga terdapat di sini. Sistem lampu limpah yang diprogramkan terdahulu adalah dilengkapi dengan lampu halida berlogam yang sesuai untuk liputan TV. Dua papan mata matriks video berwarna (scoreboard) terletak di penghujung sebelah utara dan selatan stadium.

Papan mata ini dilengkapi dengan sistem penilaian keputusan dan pengaturan masa SEIKO yang memberikan maklumat mengenai maklumat acara-acara dan para peserta. Papan mata ini turut dilengkapi dengan skrin CRT (tiub Sinar katod) berteknologi tinggi yang berupaya memberikan paparan video aksi pantas dari kamera tempatan, pita rakaman terdahulu dan isyarat-isyarat TV.

 

KLSC LAYOUT  ARENA LAYOUT