jata kbs Agensi rasmi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Pusat Boling Padang Nasional

Kompleks Sukan Bukit Kiara

Pusat Boling Rumput Kebangsaan Bukit Kiara merupakan tempat acara boling padang semasa Sukan Komanwel Kuala Lumpur '98 -XVI.

Sehingga hari ini, tempat ini menjadi tumpuan pemain boling padang untuk dijadikan medan latihan dan gelanggang pilihan penganjuran kejohanan. Jenis padang ialah Polypropylene.

Menempatkan 1 padang berbumbung dengan kapasiti tempat duduk penonton sebanyak 621 tempat duduk manakala kawasan VIP mempunyai 126 tempat duduk dan terdapat juga 2 padang yang tidak berbumbung. Setiap padang mempunyai empat lampu limpah dengan tahap pencahayaan sehingga 1200 lux. Rumah kelab ini dilengkapi dengan kemudahan moden, bilik persalinan, kafeteria dan kemudahan sokongan yang memenuhi keperluan pesaing, pegawai, kakitangan media dan tetamu.

 

BKSC LAYOUT  ARENA LAYOUT