Jawapan: Terdapat pelbagai acara yang dianjurkan di KLSC, seperti acara sukan, konsert, pameran, karnival jualan, expo jualan, konvensyen, majlis tamat pengajian.
Jawapan: Program yang dianjurkan oleh KLSC untuk tahun ini adalah Hari Sukan Negara dan sukan dalaman. Acara ini dikenali sebagai acara in-house dan dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat.
Jawapan: Anda boleh menyertai program yang dianjurkan oleh KLSC dengan mengisi borang penyertaan yang terdapat di kaunter perkhidmatan pelanggan KLSC atau melalui Facebook dan Twitter Rasmi Perbadanan Stadium Malaysia.
Jawapan: Kemudahan yang disediakan adalah kolam rekreasi, gelanggang skuasy, trek lari, stadium hoki, gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, trek berbasikal, dan taman skate.
Jawapan: Harga sewa yang dikenakan berbeza mengikut jenis acara yang diadakan. Untuk maklumat lanjut mengenai penyewaan tempat acara, hantarkan pertanyaan secara dalam talian di borang pertanyaan yang berada di setiap halaman tempat acara. Lebih suka menghantar emel atau bercakap dengan seseorang megenai penyewaan tempat acara atau peralatan? Sila hubungi Pasukan Jualan Acara kami di admin@stadium.gov.my atau hubungi kami di 03-89920888.