jata kbs Agensi rasmi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

100 PLUS Tandatangani Tajaan 5 Tahun Bersama KL Sports City (KLSC)

Kuala Lumpur, 12 Disember 2017 – Majlis menandatangani Perjanjian Usahasama di antara F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berlangsung di perkarangan Stadium Nasional KL Sports City. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia. YB Brig Jeneral Khairy Jamaluddin serta turut dihadiri oleh pegawai PSM, Ybhg Dato’ Hj Mohd Sahfri Ab. Azis serta lain-lain jemputan bagi memeriahkan majlis.

Perjanjian Usahasama selama 5 tahun ini memberikan hak ekslusif kepada 100 Plus untuk promosi produk minumannya di KLSC termasuklah semua cawangan seperti Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Setiawangsa. Penyediaan kiosk –kiosk adalah milik 100 Plus.

Pada majlis tersebut juga, trek larian dan berbasikal sepanjang 1400 meter di sekeliling Stadium Nasional telah di cat dengan warna rasmi 100 Plus.