jata kbs Agensi rasmi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Konsert Ed Sheeran – Divide Tour 2019

13 April,Kuala Lumpur - Sesuai dengan slogan Bukan Sekadar Arena Sukan, Stadium Nasional Bukit Jalil digegarkan dengan kemunculan artis antarabangsa di Konsert Ed Sheeran Divide Tour 2019 yang popular dengan lagu Shape On You.

Konsert yang dimeriahkan oleh 41 000 penonton itu memulakan persembahan dengan lagu ‘Castle on the hill’ oleh Ed Sheeran sebagai pembuka tirai pada malam itu.

Konsert menjadi semakin meriah dengan kemunculan Ed Sheeran yang menyarungkan jersi Team Malaysia di penghujung konsert yang seterusnya menghiburkan penonton dengan lagu hits beliau iaitu Shape On You dan lagu ‘You Need Me, I Don’t Need You’.

Persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini merupakan persembahan ketujuh beliau dalam jelajah Ed Sheeran di Asia, diikuti dengan penampilan di Singapura yang akan berlangsung pada 26 April, Bangkok ,28 April dan Jakarta pada 3 Mei  

 

Kandungan tidak ditemui?

mygov mygov mygov mygov

Tarikh Kemaskini:

  • 06 Mei 2026.

Jumlah Pengunjung:

0923077

Hakcipta Terpelihara © 2023 Perbadanan Stadium Malaysia