Kuala Lumpur, 11 Disember 2018 – Perbadanan Stadium Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mengadakan tayangan Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF Suzuki 2018, Malaysia menentang Vietnam di Axiata Arena KL Sports City. Ini bagi memberi peluang kepada penyokong bola sepak yang tidak berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Seramai hampir 8000 orang penonton telah memenuhi Axiata Arena seawal jam 5.30 petang. Semangat jitu penyokong skuad Harimau Malaya yang bersorak seolah-olah mereka turut berada di dalam Stadium Nasional telah memeriahkan suasana di sana. Nyanyian lagu sorakkan keramat Ultras Malaya juga turut dinyanyikan.
Dengan kemudahan penghawa dingin dan skrin empat muka di dalam Axiata Arena telah memberi keselesaan kepada penonton tanpa perlu bersesak untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Keputusan seri 2 – 2 telah menjadi penutup bagi perlawanan akhir AFF Suzuki yang berlangsung di Stadium Nasional sejak dari 08 November 2018 akan diketahui keputusan akhir selepas perlawanan akhir ke-2 di Stadium My Dinh, Hanoi pada 15 Disember 2018.
Seawal jam 5.30 pagi peserta bagi acara Breakfast Run 2018 telah berkumpul di hadapan Pusat Skuasy Nasional, KL Sports City. Sebelum larian bermula, para peserta telah diberi pendedahan untuk melakukan regangan badan bagi mengurangkan risiko kecederaan otot sewaktu berlari.
Acara ini terdiri dari dua kategori iaitu 10 km dan 5 km. Peserta perlu melalui beberapa check point dan laluan di sekitar KL Sports City. Acara turut dimeriahkan lagi dengan persembahan zumba di Ruang legar Pusat Skuasy Nasional.
Selaras dengan tema larian ‘Breakfast Run’, para peserta diberi sarapan pagi Burger King secara pecuma beserta sijil dan pingat sebagai tanda kenang-kenangan.
Kuala Lumpur, 24 November 2018 – Stadium Nasional, KL Sports City Bukit Jalil telah mencatat sejarah dengan kehadiran penyokong seramai 83,773 orang sempena perlawanan Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia menentang Myanmar. Stadium ini disemarakkan lagi dengan semangat penyokong luar biasa kali ini telah memberi impak yang positif kepada pasukan Negara dengan mara ke peringkat separuh akhir.
Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan. Keputusan Malaysia 3-0 Myanmar terduduk, terdiam dan terpaku di tengah padang sambil ditenangkan oleh pasukan Negara.
Antara yang menarik berlaku sewaktu rehat suku masa pertama adalah seorang dari penyokong bola telah membuat lamaran kepada teman wanitanya dengan paparan di skrin besar dalam stadium itu dengan tulisannya “jom kahwin saya shinna” telah menggamatkan stadium seketika.
Selain itu, terdapat hampir tiga puluh buah food truck menarik yang memenuhi ruang legar dalam stadium bagi memudahkan orang ramai untuk membeli makanan dan minuman sewaktu menyaksikan perlawanan.
Pusat Tenis Nasional, Kompleks Sukan Jalan Duta sememangnya menjadi tumpuan bagi acara kejohanan di pelbagai peringkat kerana kemudahan yang ada seperti 13 buah gelanggang serta kapasiti penonton 3000 orang sangat sesuai dijadikan venue bagi Kejohanan Tenis Master Malaysia 2018 yang berlangsung bermula 19 November 2018 sehingga 23 November 2018.
Kejohanan ini telah menampilkan pemain-pemain muda yang bakal menjadi pelapis Negara dalam acara sukan tenis bertanding bagi merebut kejohanan dalam kategori masing-masing.
Kehadiran isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah turut memeriahkan lagi suasana dan beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pada hari terakhir berlangsungnya kejohanan tersebut.
Kuala Lumpur, 18 November 2018 – The Kuala Lumpur Major 2018 merupakan pertandingan major yang pertama diadakan di Malaysia dan buat julung kalinya berlangsung di Axiata Arena selama 3 hari bermula dari 16 sehingga 18 November 2018.
Dengan kemudahan empat buah papan paparan LED yang dipasang di Axiata Arena telah memudahkan penoton untuk menyaksikan The Kuala Lumpur Major 2018 yang telah menampilkan pasukan terbaik dunia dalam memburu kejuaraan Major kali ini selepas dimenangi oleh Team Liquid di Shanghai, China pada edisi yang lalu.
Pada perlawanan akhir menyaksikan pasukan Team Secret yang dianggotai peserta dari campuran Negara menentang pasukan Virtus.Pro dari Negara Rusia dengan sengit sehingga membawa kepada set 5. Team Secret mendahului sebanyak dua kali 1-0 dan 2-1, walaubagaimanapun pada set ke 5 tidak menyebelahi mereka. Virtus.Pro telah berjaya membuat kemunculan semula dengan memastikan mereka membawa pulang gelaran Juara KL Major 2018 dan wang tunai sebanyak USD 1 Juta.
Dengan keluasan 13,000 kapasiti serta ruang yang ada di dalam Axiata Arena, acara ini dianjurkan sangat teratur dan terdapat banyak booth jualan yang berkaitan dengan e-sukan. Orang ramai juga turut berpeluang untuk membeli barangan keluaran dari The Kuala Lumpur Major seperti topi, t –shirt, pelekat dan jaket.