jata kbs An official agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia

Konsert Rajaa The One Man

Konsert Rajaa The One Man
 

Kuala Lumpur, 8 Oktober – Konsert Raaja the Oneman Show telah berlangsung di Axiata Arena merupakan konsert Kollywood terbesar setakat ini dengan kehadiran penonton  melebihi 13,000 orang.

Persembahan dan penampilan istimewa llayaaja selama 5 jam tanpa henti menggamatkan Axiata Arena. Selain itu, penyanyi terkenal seperti S.Chitra, Mano, Hariharan, Kartik, Marudhu Balkrishna serta beberapa penyanyi lagi turut memeriahkan konsert yang sama.

2 3 4

Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan Ke-39 Di Stadium Juara

Kuala Lumpur, 19 Disember 2017 – Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan ke-39 telah berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara . Kejohanan ini berlangsung dari 19 Disember 2017 hingga 22 Disember 2017.

Perlawanan sengit yang mempamerkan aksi hebat dari para peserta telah membuahkan hasil dengan kemenangan yang diraih oleh Pasukan bola jaring dari Kuala Lumpur manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Pasukan dari Negeri Terengganu dan seterusnya tempat ketiga dari Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perlawanan sengit yang mempamerkan aksi hebat dari para peserta telah membuahkan hasil dengan kemenangan yang diraih oleh Pasukan bola jaring dari Kuala Lumpur manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Pasukan dari Negeri Terengganu dan seterusnya tempat ketiga dari Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kejohanan FIM Asia Supermoto 2017 Di KL Sports City

Kuala Lumpur, 17 Disember 2017 – Kejohanan FIM Asia Supermoto yang berlangsung di KL Sports City telah mendapat sambutan di kalangan peminat-peminat sukan motosikal.

Kejohanan ini mempamerkan aksi-aksi hebat dari setiap peserta dan pelumba Negara, Khairi Zakaria telah muncul di tempat ketiga apabila tewas dengan pelumba dari Denmark. Walaubagaimanapun, Khairi telah dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia mengatasi peserta dari Thailand. E-Plus Global merupakan penganjur utama bagi kejohanan ini.

100 PLUS Tandatangani Tajaan 5 Tahun Bersama KL Sports City (KLSC)

Kuala Lumpur, 12 Disember 2017 – Majlis menandatangani Perjanjian Usahasama di antara F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berlangsung di perkarangan Stadium Nasional KL Sports City. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia. YB Brig Jeneral Khairy Jamaluddin serta turut dihadiri oleh pegawai PSM, Ybhg Dato’ Hj Mohd Sahfri Ab. Azis serta lain-lain jemputan bagi memeriahkan majlis.

Perjanjian Usahasama selama 5 tahun ini memberikan hak ekslusif kepada 100 Plus untuk promosi produk minumannya di KLSC termasuklah semua cawangan seperti Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Setiawangsa. Penyediaan kiosk –kiosk adalah milik 100 Plus.

Pada majlis tersebut juga, trek larian dan berbasikal sepanjang 1400 meter di sekeliling Stadium Nasional telah di cat dengan warna rasmi 100 Plus.

Sidang Media NATCHATHIRA VIZHA 2018

Kuala Lumpur, 5 November 2017 – Sidang media Natchathira Vizha 2018 telah berlangsung di ruang legar Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City. Sidang media ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ M.Saravanan. Turut hadir tetamu utama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman.

Konsert Natchira Vizha yang dijadualkan berlangsung pada 6 Januari 2018 bakal menampilkan artis-artis terkenal dari Selatan India seperti Kamal Hassan , Rajanikanth,Ulaga Nayagan dan ramai lagi. Dianggarkan seramai lebih 30,000 orang peminat yang akan menbanjiri Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.