FAQCONTACT USfeedbacksitemap

eye icon
Laman Utama Soalan Lazim

1. Soalan : Apakah acara yang dianjurkan di KL Sports City (KLSC)?

Jawapan: Terdapat pelbagai acara yang dianjurkan di KLSC, seperti acara sukan, konsert, pameran, karnival jualan, expo jualan, konvensyen, majlis tamat pengajian.

2. Soalan Apakah program atau aktiviti yang dianjurkan oleh KLSC?

Jawapan: Program yang dianjurkan oleh KLSC untuk tahun ini adalah Hari Sukan Negara dan sukan dalaman. Acara ini dikenali sebagai acara in-house dan dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat.

3. Soalan : Bagaimana saya boleh mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan oleh KLSC?

Jawapan: Anda boleh menyertai program yang dianjurkan oleh KLSC dengan mengisi borang penyertaan yang terdapat di kaunter perkhidmatan pelanggan KLSC atau melalui Facebook dan Twitter Rasmi Perbadanan Stadium Malaysia.

4. Soalan : Apakah kemudahan yang ada di KLSC?

Jawapan: Kemudahan yang disediakan adalah kolam rekreasi, gelanggang skuasy, trek lari, stadium hoki, gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, trek berbasikal, dan taman skate.

5. Soalan : Bagaimana saya boleh membuat tempahan untuk menggunakan tempat acara di KLSC?

Jawapan: Tempahan Tempat Acara boleh dilakukan dengan melengkapkan borang pertanyaan dalam talian di setiap halaman tempat acara, atau menghubungi Pasukan Jualan Acara kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi kami di 03-89920888.

6. Soalan : Berapakah kadar sewa yang dikenakan untuk tempat dan kemudahan di KLSC?

Jawapan: Harga sewa yang dikenakan berbeza mengikut jenis acara yang diadakan. Untuk maklumat lanjut mengenai penyewaan tempat acara, hantarkan pertanyaan secara dalam talian di borang pertanyaan yang berada di setiap halaman tempat acara. Lebih suka menghantar emel atau bercakap dengan seseorang megenai penyewaan tempat acara atau peralatan? Sila hubungi Pasukan Jualan Acara kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi kami di 03-89920888.