FAQCONTACT USfeedbacksitemap

eye icon

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merupakan sebuah badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). PSM berfungsi mengurus dan menyelenggara kompleks dan arena sukan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kompleks dan arena sukan yang berada di bawah pengurusan PSM bukan sahaja dibuka untuk tempahan acara sukan tetapi juga untuk acara bukan sukan seperti konsert, konvensyen, ekspo dan pameran, majlis perkahwinan dan acara-acara lain yang bersesuaian mengikut arena pilihan.