Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Antara Malaysia Dan Tajikistan
Pada 9 November 2019, perlawanan persahabatan antarabangsa di antara pasukan Malaysia dan Tajikistan telah berlangsung di Stadium Nasional KL Sports City.
Pasukan Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan di ranking-116 dunia, Tajikistan dengan jaringan tunggal 1-0 menerusi Muhammad Safawi Rasid di Stadium Nasional Bukit Jalil. Muhammad Safawi Rasid memberikan kemenangan tipis kepada Malaysia di minit ke-72, 10 minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.