warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Logo yang menggambarkan bentuk separuh bumbung Stadium Nasional yang menjadi simbol dan identiti KSN.

Tujuh palang yang merentasi bumbung merupakan simbolik tanda kemegahan dan keunikan KSN serta membawa makna tujuh buah venue yang terdapat di Kompleks Sukan Negara iaitu Stadium Nasional, Stadium Putra, Stadium Hoki Nasional, Stadium juara, Pusat Akuatik Nasional, Pusat Skuasy Nasional dan Pusat Boling Padang.

Manakala bulatan yang menjadi peyambungkepada bumbung melambangkan tiga(3) buah taman yang terdapat di Kompleks Sukan Negara iaitu Taman Sukan X-Treme Nasional, Bukit Komanwel dan Pesisiran Sungai Kuyoh.

Bulatan dan separuh bulatan di tengah-tengah bumbung pula menggambarkan konsep bersepadu venue pelbagai guna.

Warna Merah

Melambangkan keberanian, keteguhan dan berdaya saing

Warna Biru

Menggambarkan ketinggian inspirasi dan kebanggaan rakyat terhadap Kompleks Sukan Negara

Warna Ungu

Penyatuan ke semua warna bagi menimbulkan suasana keselesaan, penyatuan, harmoni dan seimbangan

"Kompleks Sukan Negara" - Perbadanan Stadium Malaysia yang mengelilingi logo membawa erti kerjasama, kesepakatan dan keteguhan warga KSN demi memastikan venue ini terus unggul dan dikenali sebagai venue yang bertaraf dunia.

Go to top