warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

fb faq

 

1 .Soalan : Apakah jenis acara yang berlangsung di KSN?     
            

Jawapan: Antara jenis acara yang berlangsung di KSN adalah acara sukan, konsert,pameran, karnival jualan, ekspo jualan, seminar, konvokenyen dan banyak lagi.
            
       

2. Soalan : Apakah program-program atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kompleks Sukan Negara?     
            
Jawapan: Antara program yang dianjurkan oleh Kompleks Sukan Negara untuk sepanjang tahun adalah Hari Sukan Negara dan Sukan Dalaman. Acara-acara ini dikenali sebagai acara program in-house yang dikendalikan oleh Cawangan Perhubungan Korporat.     
            
       

3.Soalan : Bagaimanakah caranya untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh KSN?     
            
Jawapan: Anda boleh menyertai program-program yang dianjurkan oleh KSN dengan mengisi borang penyertaan yang boleh didapati di Laman Sesawang KSN, Laman Sosial seperti Facebook dan Twitter (boleh didapati di muka hadapan Laman Sesawang ini), melalui pengiklanan di media cetak atau terus berhubung dengan Pegawai yang terlibat.     
            
            

4. Soalan : Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di KSN?     
            
Jawapan: Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah rekreasi Kolam Renang, Gelanggang Skuasy, Trek Olahraga, Stadium Hoki, Gelanggang Badminton, Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Boling Padang, Gelanggang Bola Keranjang dan Gelanggang Futsal. Selain itu terdapat juga kemudahan Gimnasium di Pusat Akuatik Nasional dan KSN Shah Alam (Panasonic) untuk kegunaan umum.             
       

 

5. Soalan : Bagaimanakah caranya untuk saya membuat tempahan bagi menggunakan venue di KSN?     
            
Jawapan: Tempahan Venue boleh dilakukan dengan mengisi borang tempahan venue yang boleh didapati di Laman Sesawang KSN (ruangan muatturun) atau dengan hadir ke Bahagian Pembangunan Perniagaan atau tempahan juga boleh dibuat melalui online atau menerusi telefon.      

            
        
6. Soalan : Berapakah kadar sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan untuk menggunakan venue dan kemudahan di KSN?     
            
Jawapan: Kadar sewa yang dikenakan berbeza mengikut jenis acara yang akan diadakan. Untuk maklumat yang lebih lanjut berhubung dengan kadar sewa penggunaan venue dan peralatan hendaklah berhubung terus dengan Bahagian Pembangunan Perniagaan di talian 03-8999 5255.     

 

fb faq
      

Go to top