warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Kuala Lumpur, 14 November 2016 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mengadakan program Corporate Social Community (CSR) siri tiga dengan menjalankan aktiviti gotong-royong di Taman Rekreasi Bukit Komanwel, Bukit Jalil. Program ini telah melibatkan beberapa kakitangan PSM dan kakitangan dari pihak International Medical University (IMU). Kerjasama ini dijalinkan bagi mengeratkan lagi hubungan silraturrahim di antara PSM dan IMU selain daripada membersihkan kawasan taman rekreasi tersebut.

Pada hari tersebut, kakitangan PSM dan IMU dibahagikan mengikut beberapa kumpulan bagi memastikan semua kawasan dibersihkan. Gotong-royong telah dijalankan di tiga kawasan di sekitar Taman Rekreasi Bukit Komanwel iaitu di sekeliling tasik, kawasan laluan ke puncak dan di puncak Bukit Komanwel. Program CSR kali ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia Encik Azman Fahmi Osman dan kehadiran Ketua Pengarah perhubungan luar IMU dengan mengadakan gimik acara menanam pokok di salah satu kawasan yang berdekatan dengan tasik taman rekreasi.

Bagi acara penutupan pula, pihak imu telah menjemput ketua pegawai eksekutif PSM dan semua kakitangan PSM untuk ke ruang legar bangunan IMU bagi sama-sama meraikan majlis penutup program CSR siri tiga tersebut. Satu sesi pertukaran cenderahati dan bergambar telah diadakan sebelum majlis selesai. Pihak PSM berharap agar kerjasama dengan pihak IMU dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Go to top