warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

myspata

Kuala Lumpur, 21 September 2016 – Seramai 30 orang kakitangan Perbadanan Stadium Malaysia sedang menghadiri kursus bertajuk Bengkel MySpata – Aset Tak Alih bertempat di Institut Kemajuan Desa  (INFRA)  dari 21- 23 September 2016.

Bengkel yang memberi tumpuan berkenaan pengurusan aset tak alih ini bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan berhubung subjek di atas. Bengkel ini dikendalikan oleh pegawai dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu Jabatan Kerja Raya.

Antara pengisian bengkel ini adalah pengenalan konsep pengurusan aset tak alih kerajaan, pemahaman mengenai prosedur sistem kod dan dokumentasi pengumpulan data aset tak alih kerajaan.

Semoga seluruh kakitangan yang terlibat dapat menimba ilmu sebanyak mungkin maklumat yang disampaikan agar dapat diimplementasikan di Perbadanan kelak. 

Go to top