warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

KUALA LUMPUR 7 Sept. 2016: Kira-kira jam 4.15 petang pada 6 Sept. 2016, loceng kecemasan kebakaran telah dibunyikan tanpa henti-henti menandakan isyarat kebakaran telah berlaku di bangunan Usahawan 4, TPM, Bukit Jalil.

Kesemua penyewa-penyewa dan petugas-petugas penyelenggaraan di bangunan tersebut bergegas keluar meninggalkan bangunan tersebut termasuklah kesemua kakitangan PSM yang bertugas pada hari tersebut menju ke tempat perhimpunan kecemasan yang telah disediakan.

Program latihan yang dianjurkan oleh pengurusan TPM ini adalah sebahagian daripada program ERT (Emergency Response Team) yang diadakan bagi memastikan standard operasi berkala dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba.

Syabas kepada seluruh kakitangan PSM yang terlibat dalam menjayakan program ini dan semoga latihan ini dapat dipraktikkan sekiranya berlaku sebarang bencana sebenar pada masa hadapan.

Pengumuman / Hebahan

Go to top