warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

KUALA LUMPUR, 31 Julai 2016 – Telah berlangsungnya satu pertandingan Skuasy Wanita Jemputan SRAM 2016 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil. Pertandingan tersebut melibatkan pemain skuasy daripada seluruh negara. Kejohanan ini adalah sebahagian daripada program badan induk itu untuk memastikan pemain utama negara mencari prestasi terbaik sebelum saingan skuasy musim 2016-2017.

Orang ramai tidak melepaskan peluang datang bagi menyaksikan ratu skuasy sensasi negara mereka berentap bagi menjuarai pertandingan ini.

Beberapa saringan sengit berlaku yang membuktikan bahawasanya ratu skuasy negara kita masih berbisa di mana seperti yang dijangka Datuk Nicol David telah menjuarai pertandingan skuasy wanita jemputan SRAM 2016 itu.

Beliau yang mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan tersebut jelas menunjukkan riak wajah gembira dan berasa yakin untuk Kejohanan terbuka akan datang.

Go to top