warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

 

 

Lawatan kerumah En Firdaus Bin Abu Hassan, kakitangan PSM pada 5 Ogos 2014 yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bukit Jalil, 18 Februari 2014 – Satu majlis perhimpunan bersama semua kakitangan dan pegawai telah di adakan di Dewan Olimpik, Stadium Nasional Bukit Jalil. Majlis pada kali ini turut dihadiri oleh Pengerusi Perbadanan, Dato’ Rozabil b. Abdul Rahman dan juga wakil-wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis dimulai dengan ucapan Pengerusi Perbadanan diikuti oleh lafaz ikrar yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif perbadanan, Tuan Haji Ahmad Halmi Bin Harun seterusnya majlis menandatangani ikrar pencegahan rasuah disaksikan oleh wakil dari SPRM dan Pengerusi perbadanan sendiri.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah dan taklimat berkenaan langkah pencegahan rasuah oleh pihak SPRM kepada semua kakitangan. Majlis diharap dapat memberi maklumat kepada semua kakitangan serta mencegah dan mengelakkan diri dari terlibat dalam jenayah rasuah samaada secara langsung atau tidak langsung.

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Gimnas negara, Olivia Tai Qing Tong meraih pingat gangsa dalam acara individu keseluruhan pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Olivia Tai, 15, memberikan persembahan konsisten dalam empat disiplin iaitu gelung, bola, belantan dan riben dengan pungutan 55.650 mata pada final.

Yelizaveta Mainovskaya dari Kazakhstan nyata sukar ditandingi apabila berjaya menarik perhatian juri dalam persembahan empat disiplin itu untuk memenangi emas dengan catatan 56.250 mata.

Gimnas dari Uzbekistan, Anora Davlyatova meraih pingat perak dengan catatan 55.850 mata.

"Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan pencapaian hari ini, saya membuat persiapan ini selama enam bulan, memang sasaran saya mahu layak ke Sukan Olimpik Remaja," katanya.

Olivia turut meraih tiga slot final individu apparatus iaitu melibatkan peralatan gelung, belantan dan riben yang akan berlangsung esok.

Dia juga berpeluang cerah untuk meraih slot ke Sukan Olimpik Remaja di Nanjing, China pada Ogos depan selepas menduduki tempat ketiga pada pusingan kelayakan individu yang berakhir semalam.

Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) akan memilih empat gimnas terbaik Asia untuk beraksi Sukan Olimpik Remaja itu, bagaimanapun keputusan rasmi belum diputuskan.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kedudukan ketiga terbaik selepas berakhir pusingan kelayakan semalam," kata Olivia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Lagu ciptaan LY, manakala lirik ditulis oleh Baiduri dan dinyanyikan Hafiz Suip, Bahagiamu Deritaku dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini.

Hafiz yang tampil bertenaga dengan persembahan solonya berjaya memukau penonton yang memenuhi stadium apabila vokalnya begitu mantap mendendangkan lagu tersebut.

Kemenangan tersebut melayakkan komposer serta penyanyi lagu berkenaan membawa pulang RM35,000 berserta trofi AJL28.

Sementara itu, lagu Hanya Aku yang dicipta oleh Hyper Act manakala lirik oleh Frozen diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dan memenangi wang tunai berjumlah RM15,000.

Tempat ketiga yang menawarkan wang tunai RM12,000 dimenangi oleh lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael dan Altimet yang dicipta Omar K dan Audi Mok dengan lirik ditulis Altimet.

Vokal Terbaik pula menjadi milik Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku manakala Persembahan Terbaik dimenangi oleh Hafiz.

Pemenang untuk kedua-dua kategori itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

SUMBER UTUSAN ONLINE

9 Januari 2014, Bukit Jalil – Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi bersama isteri iaitu Tun Jeanne Abdullah yang merupakan Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPC) telah melawat ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan pada jam 4.00 petang.

 

Lawatan ini bertujuan untuk melihat segala kemudahan yang telah disediakan khusus untuk atlet paralimpik. Sesi lawatan ini turut dihadiri oleh Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Perbadanan Stadium Malaysia.

BUKIT JALIL, 19 DISEMBER 2013 – Kerja-kerja menaiktaraf, membaikpulih dan mnyelenggara padang Sadium Nasional, Bukit Jalil telah bermula pada 2 Disember 2013. Kerja-kerja in dijalankan oleh syarikat  RS Greenmaster (M) Sdn. Bhd yang dilantik melalui perolehan secara tender.


Proses pembersihan tapak dan kerja-kerja tanah telah bermula dan keseluruhan rumput sedia ada telah dikeluarkan sepenuhnya. Manakala kerja-kerja memindahkan tanah di permukaan paling atas sedang giat dijalanka. Projek menaiktaraf yang  mengambil masa selama enam bulan ini dijangkakan siap dan digunakan sepenuhnya pada Mei 2014.

 
Pengerusi PSM, Y.Bhg Dato’ Rozabil turut mengadakan sesi lawatan di tapak projek bagi melihat secara dekat kerja-kerja yang sedang dijalankan bagi memastikan perjalanan projek dapat dilaksanakan mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.

 


Disunting Oleh: Cawangan Komunikasi Korporat

Go to top