warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Bukit Jalil - 19 Ogos : Yang Berbahagia Dato' Rozabil Abdul Rahman, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mengadakan perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin berkenaan padang di Stadium Nasional. Melalui perbincangan itu, Yang Berhomat Menteri telah bersetuju untuk menutup Stadium Nasional daripada sebarang penganjuran acara bola sepak berkuatkuasa serta-merta bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan padang.

Walau bagaimanapun, untuk penganjuran lain-lain acara seperti konsertboleh dianjurkan selama proses untuk melantik konsultan bagi penggantian rumput padang Stadium Nasional yang dijangkakan selesai dalam tempoh 2 bulan. Kerja-kerja penggantian rumput ini akan bermula pada Oktober 2013 yang akan mengambil masa selama 6 bulan.

Isu padang stadium yang sebelum ini mendapat liputan media kerana padang yang rosak teruk diharap dapat diselesaikan melalui penggantian rumput yang baru.

 

Kuala Lumpur - 24 Julai – Perbadanan Stadium Malaysia telah menganjurkan majlis iftar bersama kakitangan di ruang legar Stadium Nasional,Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil.

Majlis yang dimulakan dengan solat asar berjemaah diikuti majlis khatam Al-Quran dan tahlil itu turut dihadiri oleh 50 orang pelajar tahfiz.

Melalui penganjuran program yang seumpama ini, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan meningkatkan kerjasama sesama kakitangan dan masyarakat. Selain itu juga, majlis yang diadakan ini merupakan majlis beramah mesra kakitangan bersama pengerusi PSM, YBhg Dato’ Rozabil dan juga ahli lembaga pengarah yang telah dilantik baru-baru ini.

IMG-20130701-WA0002

 

 

Kangar ,29 Jun 2013 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hanya mampu berpuas hati apabila berjaya meraih pingat perak melalui acara Boling Padang menjelang hari ke-6 Kejohanan Persatuan Sukan Badan-badan Berkanun di UniMAP, Perlis hari ini.

 

 

Pingat perak telah berjaya dimenangi melalui kategori acara Boling Padang Lelaki Bertiga yang disertai oleh Mohd Musabri, Ahmad Azhar B. Putiman dan M. Fadzlisham B. Md. Zain. PSM telah menghantar sekurang-kurangnya 16 penyertaan bagi acara Boling Padang sempena kejohanan tersebut.

 

 

Menjelang hari ke-6, PSM telah berjaya meraih 2 pingat iaitu pingat Emas melalui acara Lontar Peluru Veteran dan Perak melalui acara Boling Padang. Kejohanan ini akan tamat pada 2 Julai 2013. Semoga kontijen PSM dapat mempamerkan aksi yang cemerlang di kejohanan ini. Majulah sukan untuk negara.

 

 

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web sukanun iaitu di http://sukanun8.unimap.edu.my/

Arau,25 Jun 2013 - Perbadanan Stadium Malaysia(PSM) berjaya memecahkan kebuntuan apabila berjaya meraih pingat emas melalui acara melontar peluru veteran di Kejohanan Persatuan Sukan Badan-badan Berkanun kali ke-8 di UniMAP,Perlis. Khairul Azhar B. Sardar Mohamad yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Perniagaan dan Pemasaran telah berjaya merangkul pingat emas pertama PSM dengan catatan jarak 10.48 meter.

 

Kali ini, PSM telah menghantar sekurang-kurangnya 50 penyertaan dikalangan kakitangan stadium untuk menyertai sukan badan berkanun yang diadakan pada setiap tahun. Antara sukan yang disertai adalah Futsal lelaki, Tenpin Boling, Boling Padang, Carom dan Olahraga.


Kejohanan ini bermula pada 24 Jun dan berakhir pada 2 Julai 2013.

KUALA LUMPUR - 10 Jun : Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh dilantik sebagai ketua setiausaha baharu kementerian itu berkuat kuasa Rabu ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata dengan kelebihan yang ada pada Jamil, beliau percaya Jamil mampu melaksanakan tangunggjawab yang diberikan itu dengan penuh integriti dan profesional.

"Saya percaya pengetahuan, pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki oleh Datuk Jamil akan membolehkan beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan profesional dalam usaha memenuhi aspirasi kerajaan ke arah mewujudkan golongan belia yang patriotik, bersatu padu, berdisiplin dan berbudaya sukan demi perpaduan dan pembangunan negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jamil, 54, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Malaya dan menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Belia dan Sukan pada 22 Jun 1983 sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 13 Jan 1986.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau berpengalaman dalam bidang perancangan, pengurusan dan pentadbiran kewangan, sumber manusia dan perolehan.

Jamil juga adalah Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.



--Bernama

BUKIT JALIL – 6 Jun 2012 :  YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' M. Saravanan hari ini berkesempatan meluangkan masa dengan membuat lawatan rasmi ke Perbadanan Stadium Malasyia (PSM), Bukit Jalil. Ketibaan beliau bersama rombongan disambut oleh Pengerusi PSM, Datuk Jamil Salleh , Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Tuan Haji Ahmad Halmi Harun serta warga PSM. Turut serta dalam lawatan ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ), Dato’ Mohid Mohamed, serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Seri Zolkples Embong.

 

Dalam lawatan rasmi ini, YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' M. Saravanan telah diberikan taklimat berkenaan PSM oleh Pengerusi PSM dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM sendiri. YB Menteri juga berkesempatan melawat padang Stadium Nasional. Dalam ucapannya, beliau berharap padang Stadium Nasional dinaiktaraf supaya boleh digunakan untuk perlawanan antarabangsa dan mengurangkan aktiviti yang bukan sukan bagi menjaga kualiti padang.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Tuan Haji Ahmad Halmi Harun serta seluruh warga Perbadanan mengucapkan jutaan terima kasih dan berbangga di atas kesudian YB Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' M. Saravanan meluangkan masa melawat Perbadanan Stadium Malaysia.

Pengumuman / Hebahan

Go to top