warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

OTA TAKLIMAT / KENYATAAN MEDIA

PRA PELANCARAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013

Acara Pra Pelancaran Festival Belia Putrajaya 2013 bertujuan memberikan promosi dan publisiti untuk Festival Belia Putrajaya 2013 yang akan diadakan pada 23-26 Mei 2013.Selain itu, Pra Pelancaran ini juga merupakan satu previu kepada Festival Belia Putrajaya 2013.

Ianya diadakan bersempena dengan penganjuran Pelancaran 1Malaysia Komuniti PERWANI dan 1Million Women Purple Walk 2013 yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan seperti berikut :-

Soft- Launch Festival Belia Putrajaya 2013

YB Menteri Belia dan Sukan akan melancarkan Soft Launch Festival Belia Putrajaya 2013 sebagai permulaan atau ‘kickstart’ kepada Festival Belia Putrajaya 2013 .Pra Pelancaran ini akan diadakan pada 17 Mac 2013 jam 12.00 petang dan bertempat di perkarangan Menara KBS.

Chillax Corner (Putrajaya Bandar Mesra Belia)

Aktiviti ini akan menyediakan satu pentas atau platform untuk mempamerkan kebolehan dan bakat terutamanya dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Pentas ini juga merupakan naluri atau nadi belia dalam memberi hiburan kepada para pengunjung. Antara program yang akan diadakan ialah Clash of The Band , Basking dan peragaan fesyen wanita.

Youth Market / Youth Mart

Aktiviti ini merupakan satu medan pasaran untuk memasarkan barangan atau produk yang menjadi ikutan para belia. Peluang ini diambil oleh syarikat-syarikat swasta atau badan berkanun untuk memperkenalkan produk masing-masing di samping membuat jualan. Operator-operator swasta Festival Belia Putrajaya 2013 mengambil bahagian sebagai testing ground.Sebanyak 30 booth akan dibuka oleh operator swasta Festival Belia Putrajaya 2013 dan 15 booth oleh Usahawan Belia.

My Park

Aktiviti ini akan menawarkan pameran perkhidmatan atau produk-produk daripada bahagian, jabatan atau agensi-agensi di bawah KBS yang berbentuk interaktif, unik dan memenuhi citarasa belia. Antara program ialah Inline Skating, Cyber Game, Indoor Game, Memanah, dan Paint Ball.

Diva Street

Antara aktiviti ialah pameran produk kesihatan dan kecantikan, himpunan penulis / blogger wanita, jualan accessories barangan wanita, tudung dan hijab. Sebanyak 20 booth penyertaan akan menyertai Diva Street.

Youth Hang Out Dome

Aktiviti ini akan menjual makanan-makanan yang memenuhi citarasa remaja masa kini. Penjualan makanan merupakan satu bentuk tarikan tersendiri serta dipercayai akan mendapat sambutan hangat. Aktiviti ini akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu melalui food truck dan high end food stalls. Syarikat yang telah bersetuju turut serta ialah Pizza Hut, KFC,Darabif dan Ayam Mas.

Kejohanan 1 Malaysia Futsal Wanita

Kejohanan yang mendapat kerjasama Kelab Bola Sepak Arena ini merupakan program sampingan bagi memeriahkan acara 1Million Women Purple Walk 2013 yang mana akan disertai oleh kaum wanita. Kejohanan ini akan diadakan di Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya dengan penyertaan 100 pasukan wanita terbuka, 300 pasukan lelaki terbuka dan 100 pasukan bawah 18 tahun (lelaki).

Cute Ladies AutoShow (Rally Wanita)

Aktiviti ini merupakan himpunan pencinta motosikal besar dan kenderaan bermotor khususnya di kalangan wanita. Tapak pameran rally wanita adalah di sebelah bangunan DCA dan penyertaan adalah seramai 900 orang wanita.Aktiviti ini adalah kerjasama dengan Sagat Crew @ Ladies Motorsport.

Aerobikhton Wanita

Aktiviti ini bersesuian dengan minat semasa belia di samping memupuk gaya hidup cergas, sihat dan bersatu. Penyertaan aerobikhton wanita ini adalah seramai 500 orang dan ianya adalah dalam bentuk pertandingan.

Senam Seni

Aktiviti ini melibatkan 400 penyertaan di kalangan wanita yang bergiat di bidang kecergasan dan program ini juga diadakan dalam bentuk berbentuk pertandingan.

Pengumuman / Hebahan

Go to top