warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Pernah terbayang kumpulan rock yang suatu ketika dahulu popular dan lagu-lagu mereka masih menjalar di corong-corong radio tempatan, bersatu dalam satu konsert? Dari grup-grup rock awal yang pernah muncul dalam Battle of The Bands pada pertengahan 80-an hingga kepada penghujung kegemilangan irama tersebut sebelum pertengahan 90-an, mereka akan menggegarkan Stadium Putra, Bukit Jalil, Selangor hujung minggu ini. Konsert dinamakan 'Rockers...Apa Khabar' itu akan berlangsung pada 8 hingga 10 Februari ini dan dianjurkan oleh Uno Imagineers. Sebanyak 13 buah kumpulan lama akan beraksi iaitu Bloodshed, Burnmark, Putra, Handy Black, Junction, CRK, Satira, EYE, Lela, Utopia, Meditasi, Graviti dan Samudera. Nama-nama ini adalah lagenda dalam arena rock tempatan yang rata-rata ahli asalnya berusia antara 40-an dan 50-an!

Menurut penganjurnya Lan Gamma selaku Penerbit Uno Imagineers  di dalam perjumpaan wartawan Karisma baru-baru ini di Ukay Perdaya berkata , konsert ini bertujuan menghargai dan menyingkap semula zaman gemilangan rock yang sehingga kini lagu-lagunya masih 'hidup' walaupun peminat masa kini tidak mengenali mereka. Beliau yang juga bekas anggota Gamma berkata lagi, ini adalah permulaan dan selepas konsert ini, kita akan adakan konsert yang kedua dan pasti  memanggil band-band yang lain dari zaman 80-an hingga 90-an.

Beliau berkata, untuk konsert yang bakal berlangsung ini, setiap kumpulan akan menyampaikan enam buah lagu popular masing-masing. Isitimewanya konsert tersebut akan turut dirakamkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bakal ditayangkan sebanyak 13 episod di saluran TV2 bermula Jun ini.

Konsert ini akan menjadi satu khazanah seni muzik rock.  ROCK TERUS ROCK!!!

 

Go to top