warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Kuala Lumpur, 05 May 2018 – Perlawanan Ragbi Asia Malaysia dengan Korea Selatan telah berlangsung di Stadium Nasional,KL Sports City. Pasukan Korea Selatan telah berjaya menewaskan pasukan Malaysia dengan skor 35 – 10. Manakala pada perlawanan kedua di antara Pasukan Malaysia bertemu Hong Kong, Malaysia tewas buat kali keduanya dengan skor 8 - 67. Dianggarkan hampir 11,000 orang penonton yang hadir bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan itu dan ini menunjukkan sukan ragbi sememangnya mempunyai peminat tersendiri.

bolaseak1

bolasepak2

bolasepak3

bolasepak4

MAKLUMAN
 
Dimaklumkan bahawa Parking C dan D, KL Sports City akan ditutup buat sementara waktu pada ketetapan berikut:
 
Parking C – 24 Mac – 3 April 2018
Parking D – 26 Mac – 1 April 2018
 
Sebagai alternatif, pengunjung-pengunjung boleh meletakkan kenderaan di Parking A dan B sepanjang tempoh ini.

 MG 0299-c

 

Bukit Jalil, 1 Nov - Pahang muncul sebagai juara Piala Malaysia 2014 selepas menang dalam penentuan sepakan penalti sekaligus menyaksikan pasukan kendalian Zainal Abidin bekas pemain kebangsaan mengekal kejuaraan Piala Malaysia tahun lepas. Pahang beraksi dengan 10 pemain pada minit 69 selepas Saifulnizam dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain JDT. Permainan berlanjutan sehingga 120 minit seterusnya penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2 - 2.

 

Capture

sumber: http://www.mysumber.com/piala-malaysia-2014-jadual-keputusan-dan-kedudukan-carta.html

 

Satu sesi Bicara Rohani 60 minit anjuran Jawatankuasa Surau Al-Hidayah telah diadakan pada 12 Ogos 2014 bertempat di Bilik Olimpik, Stadium Nasional bermula jam 11.30 pagi .

Penceramah jemputan iaitu Ustaz Halim Bin Hassan merupakan seorang Penceramah Bebas yang berasal dari Pulau Pinang.   Antara intipati ceramah tersebut menekankan aspek tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam, sebagai khalifah keluarga dan sifat amanah serta tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan kehidupan seharian.

 

Perhimpunan Mesra Bulan Ogos telah belangsung pada 11 Ogos 2014 bermula jam 9.00 pagi yang dianjurkan oleh Bahagian Harta Kemudahan dan Kejuruteraan (BHKK)

 

 

 

Antara pengisian majlis adalah :

i)                    Lafaz Akujanji Integriti ;

ii)                  Penyampaian Berita-berita semasa ;

iii)                 Penyampaian Amanat dari KPE PSM ; dan

iv)                Penyampaian Hadiah kepada kakitangan yang menyambut hari lahir.

 

 

Para kakitangan turut disajikan dengan paparan video imbasan aktiviti PSM.

 

Pengumuman / Hebahan

Go to top