warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

BUKIT JALIL, 27 Jun 2016 – Perbadanan Stadium Malaysia telah menerima kunjugan dari delegasi negara Thailand yang diketuai oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand serta diiringi seramai 7 orang pegawai yang lain. Ketibaan disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman.

Lawatan tersebut bertujuan untuk melawat perkembangan venue sukan di Bukit Jalil yang kini dalam proses menaiktaraf bagi persediaan sukan sea 2017 yang akan datang. Delegasi tersebut juga telah diberi taklimat ringkas berkenaan venue sukan yang diselenggara di bawah Perbadanan Stadium Malaysia. Rombongan juga telah dibawa melawat ke sekitar kawasan Bukit Jalil.

Di harap kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada dan memberi manafaat kepada kedua-dua belah pihak.

 

IMG 20160627 110901

 

 

Go to top