warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2016 - Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil telah selesai menjayakan Majlis Khatam Al-Quran, Bacaan Yassin dan Berbuka Puasa sempena bulan Ramadan pada tahun ini.


Seramai 130 orang kakitangan dan ahli keluarga yang menghadiri majlis tersebut. Majlis ini juga turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta Tadarus Al-Quran yang berjumlah seramai 52 orang. Cenderahati tersebut disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Haji Ahmad Halmi Harun, Ketua Pegawai Khidmat Pengurusan juga selaku Penasihat Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Perbadanan Stadium Malaysia.


 

 

1

2

3

Go to top