warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

LANGKAH 1:

Mula-mula, klik pada pautan Tempahan Arena di kanan laman web dan klik butang Tempah Sekarang! atau pergi ke halaman Sistem Tempahan yang terletak di bawah pautan Arena seperti di bawah.

LANGKAH 2:

Buat masa ini, terdapat 2 jenis tempahan yang boleh dibuat iaitu: tempahan untuk Gelanggang Latihan dan juga Kolam Renang. Klik pada pautan Maklumat Lanjut untuk mulakan tempahan.

LANGKAH 3:

Pilih Arena yang dikehendaki melalui drop-down Pilihan Arena yang ada. Pilih juga Jenis Gelanggang yang berkaitan.

Kemudian, pilih Tarikh yang dikehendaki melalui kalendar yang ada. Anda juga boleh memilih minggu-minggu yang lain melalui drop-down Select Week.

Anda juga boleh menempah mengikut jam atau secara harian.

Untuk memilih tarikh, klik sahaja ruangan petak yang berwarna jingga (ikut jam) atau ruangan petak berwarna biru muda (harian)

Sistem akan automatik mengira Jumlah Harga (yang akan tertera di atas butang Book It) setiap kali anda klik tarikh yang dikehendaki.

Setelah selesai, klik butang hijau Book It. 

LANGKAH 4:

Masukkan maklumat anda, Nama Penuh dan juga nama Agensi/Pertubuhan/Syarikat. Kaedah bayaran yang disediakan hanya Pindahan Antara Bank (Bank Transfer) sahaja.

Anda boleh meletakkan cursor tetikus anda ke bahagian Bank Transfer/Pindahan Antara Bank untuk melihat maklumat bayaran.

Kemudian, masukkan maklumat Alamat Surat Menyurat yang berkaitan.

Klik pautan Save Reservation untuk selesai menempah.

Satu salinan maklumat tempahan akan dihantar kepada alamat emel yang anda telah masukkan sebelum ini. Sila buat pembayaran dan fakskan slip bayaran untuk pengesahan. Jika tempahan anda sudah diperiksa, anda akan menerima emel lagi daripada sistem berkenaan pengesahan tempahan anda.
Go to top