Berita Semasa
Hari 100Plus pada tahun ini dilangsungkan di parking B, Stadium Nasional KL Sports City bertarikh 16 November 2019. Jarak larian beserta cabaran sebanyak 6km disambut baik oleh rakyat Malaysia yang mula berkumpul dari pukul 4.30 petang.
Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut termasuklah aktiviti pemanasan badan oleh ZUMBA100, aktiviti pentas dengan duta-duta 100PLUS seperti Datuk Wira Lee Chong Wei, Mira Filzah, Hairul Azreen dan Shafiq Kyle. Persembahan artis bermula pada pukul 8.00 malam mendapat sambutan hangat daripada peserta-peserta yang datang. Hari 100PLUS Aktifkan Malaysiaku 2019 tamat pada pukul 9.00 malam selepas acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.
Kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang pasukan Thailand bagi perlawanan keempat dalam kumpulan G diteruskan Skuad Harimau Malaya (Malaysia) di Stadium Bukit Jalil pada 14 November 2019.
Malaysia berjaya mengalahkan pihak lawan, Thailand dengan 2-1. Gol pertama dijaringkan oleh Brendan Gan pada mini ke-26 dan gol kedua dijaringkan oleh Muhamadou Sumareh pada minit ke-56 separuh masa kedua. Stadium Nasional bakal menyaksikan perlawanan seterusnya pada 19 November di antara Skuad Harimau Malaya menentang Indonesia.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun ini telah memilih Axiata Arena, KL Sports City sebagai lokasi sambutan peringkat kebangsaan. Majlis ini telah berlangsung pada 11 November 2019.
Sambutan yang bertemakan “Negara Rahmah Ummah Sejahtera” ini telah disertai oleh seramai 8,000 orang peserta daripada 100 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai agensi serta penuntut institusi pengajian tinggi. Kontinjen ini memulakan perarakan dari Dataran LRT, Stesyen Bukit Jalil dan berakhir di Axiata Arena.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, kerkenan berangkat ke Axiata Arena dan menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2019.
Pada 9 November 2019, perlawanan persahabatan antarabangsa di antara pasukan Malaysia dan Tajikistan telah berlangsung di Stadium Nasional KL Sports City.
Pasukan Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan di ranking-116 dunia, Tajikistan dengan jaringan tunggal 1-0 menerusi Muhammad Safawi Rasid di Stadium Nasional Bukit Jalil. Muhammad Safawi Rasid memberikan kemenangan tipis kepada Malaysia di minit ke-72, 10 minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.
Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi gelanggang pilihan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah pada 2 November 2019.
Seramai hampir 86,000 orang penyokong kedua-dua negeri membanjiri Stadium Nasional bagi menyaksikan pasukan pilihan mereka beraksi.
Perlawanan yang mendebarkan ni berakhir dengan kemenangan pasukan JDT menewaskan Kedah 3-0.
Karnival Deepavali telah berlangsung di Padang Letak Kereta B, Kuala Lumpur Sports City (KLSC) pada 18 Oktober sehingga 26 Oktober 2019.
Karnival Deepavali yang diadakan di KLSC merupakan karnival perayaan terbuka yang terbesar di Malaysia dan memberikan peluang kepada orang ramai yang datang untuk membeli pelbagai produk seperti barang hiasan, lampu, hiasan rumah dan banyak lagi dari Malaysia dan semua negeri di India.
Setiap peniaga memberikan promosi menarik dan karnival ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelbagai bangsa.
OGOS 2019 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sedang dalam usaha untuk memaksimakan dan mempromosikan pengggunaan fasiliti di Kuala Lumpur Sports City (KLSC) khususnya Stadium Nasional. Ianya sekaligus memberi pendedahan kepada orang ramai berkenaan kemudahan yang boleh digunapakai di dalam sesbuah venue. Bagi tujuan tersebut, PSM telah melancarkan Program Penggunaan Percuma Trek Larian Stadium Nasional,KLSC pada 17 Ogos 2019 kepada orang ramai yang dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad mulai jam 7.00 pagi – 10.00 pagi.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Penggunaan percuma ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat bagi menggalakkan rakyat bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
# Bersukanuntukkesihatan
27 Julai, Kuala Lumpur – Kompleks Sukan Setiawangsa telah dimeriahkan dengan acara Karnival Sukan Wilayah Persekutuan (SWIP) 2019 dianjurkan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan yang telah berlangsung pada 27 - 28 Julai 2019 yang lepas.
Karnival tersebut telah disertai oleh 500 atlet dari Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang menyertai sukan tempur sebagai persediaan pemilihan mewakili Wilayah Persekutuan ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.
Majlis itu dirasmikan oleh YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
27 Julai, Kuala Lumpur – Kedah menjuarai Piala FA 2019 buat kali kelima selepas mengalahkan Perak 1-0 pada masa tambahan perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sekaligus meranapkan impian Perak menamatkan kemarau 15 tahun untuk bergelar juara dan merangkul piala berprestij tersebut.
Kali terakhir pasukan Perak yang lebih dikenali sebagai ‘The Bos Gaurus’ merangkul kejuaraan tersebut pada tahun 2004. Kemenangan itu disaksikan oleh hampir 83,520 penyokong bolasepak yang hadir di stadium berprestij ini bagi memberi sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing.
Perlawanan akhir Piala FA itu juga diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah yang mencemar duli dengan turun ke padang bersalaman dengan barisan pemain kedua-dua pasukan sebelum bermulanya perlawanan. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
7 April, Kuala Lumpur – Tidak dinafikan lagi seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Axiata Arena tetap menjadi venue pilihan utama bagi penganjuran acara berprestij dunia iaitu Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019.
Kejohanan yang berlangsung selama enam hari yang bermula pada 2 April sehingga 7 April itu menyaksikan permainan yang mantap dari pemain-pemain dunia seperti Lin Dan, Chen Long, Tai Tzu Ying dan lain-lain lagi.
Pemain dari China, Lin Dan muncul juara perseorangan lelaki dengan mengalahkan rakan senegaranya, Chen Long dengan keputusan 9-21,21-17,21-11 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai US$49,000 (RM 200,417), manakala Tai Tzu Ying yang juga pemain nombor satu dunia pula merangkul kejuaraan bagi perseorangan wanita selepas mengalahkan pemain dari Jepun, Akane Yamaguchi 21-16,21-19.
Walaubagaimanapun, kejohanan pada kali ini menyaksikan Datuk Lim Chong Wei tidak turun padang untuk menyertai kejohanan ini kerana masih menjalani rawatan tetapi telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang utama bagi kejohanan ini.