Module Toolbar

16463210 1224424567612950 5348715812470132852 o

 

Program Perangi Nyamuk Aedes

Satu program membasmi nyamuk Aedes telah di lakukan pagi tadi di sekitar Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Program ini di adakan memandangkan terdapat peningkatan jangkitan penyakit demam denggi di kalangan penduduk setempat.

Aktiviti utama program ini adalah semburan kabus atau 'fogging'. Semburan 'fogging' di jalankan seawal jam 7.15 pagi. Antara kawasan terlibat di dalam semburan ini adalah Majlis Sukan Negara dan Vista MSN serta venue-venue di KSN termasuk Stadium Nasional, Axiata Arena, Stadium Hoki Nasional, Pusat Akuatik Nasional serta Bukit Komanwel.

Antara agensi yang terlibat di dalam program ini adalah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kontraktor yang di lantik bagi penyemburan 'fogging'.

 

16422801 1224424427612964 6683189427888139180 o 16487482 1224424480946292 2796535352361618632 o 16422711 1224424254279648 6066288459549146160 o

 

16422457 1220543761334364 6305668777808377123 o

 

31 Januari 2016 - Sebentar tadi telah berlangsungnya sidang akhbar Status Kawalan Wabak Denggi di Sekitar Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil bertempat di Casa 1, MSN.

Tujuan sidang akhbar ini diadakan bagi berkongsi gerak kerja dan status terkini berkenaan wabak denggi yang melanda. Untuk pengetahuan umum satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi perlaksanaan gerak gempur Aedes. Antara zon yang terlibat adalah MSN dan ISN,kawasan tapak pembinaan KL Sport City,Sekolah Sukan Bukit Jalil,kawasan Tapak Pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M),dan sekitar Sungai Kuyoh.

Dilaporkan sepanjang bulan Januari 2017, sebanyak 17 kes denggi telah disahkan yang melibatkan 9 kes yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MSN dan ISN serta ahli keluarga mereka yang tinggal di Vista MSN. 8 kes lagi melibatkan atlit dan jurulatih yang tinggal di SSBJ, Casa MSN dan asrama Technology Park Malaysia.

P/s : Dinasihatkan orang ramai supaya segera untuk mendapatkan rawatan awal jika mengalami simptom denggi.

 

klrca

Kuala Lumpur, 8 Disember 2016 – Julung kalinya persidangan undang-undang sukan telah diadakan di Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration. Kebanyakkan yang hadir merupakan ahli panel jemputan dan pelbagai latar belakang dalam bidang pengurusan sukan. Persidangan ini disempurnakan lagi dengan kehadiran H.R.H Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dari Majlis Olimpik Malaysia.

Perbadanan Stadium Malaysia telah diwakili oleh Encik Azman Fahmi Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PSM bagi membentangkan tajuk berkenaan pembangunan semula Kompleks Sukan Negara sebagai KL Sport City. Tujuan persidangan ini diadakan bagi memberi ruang kepada para pengurus sukan dan atlet untuk memperjelaskan lebih lagi mengenai peraturan sukan di Malaysia.

klrca1

jalanduta

KUALA LUMPUR, 03 DISEMBER – Majlis Serahan Projek Kerja-Kerja Pengubahsuaian Pusat Skuasy Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Kompleks Sukan Jalan Duta telah berlangsung di Pusat Skuasy Negara, Kuala Lumpur. Majlis ini  disempurnakan oleh YBhg Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Wakil daripada Perunding Jati Sdn Bhd, Ir Alpadzul Abu Hassan turut memberi penerangan ringkas berhubung projek yang telah dibuat sebelum upacara Majlis Menandatangani Dokumen Sijil Perakuan Penyerahan.

Sijil Perakuan Penyerahan telah diserahkan oleh Ir Mohd Fathi Kasmi dari Technoprestige Sdn Bhd  kepada Encik Azman Fahmi Osman sambil disaksikan oleh YBhg Dato’ Lokman Hakim Ali. Majlis tersebut turut diselitkan dengan aksi YBhg Dato’ Lokman Hakim Ali dan Encik Azman Fahmi Osman bermain Skuasy di dalam gelanggang yang telah dinaiktaraf.

jalanduta1

Kuala Lumpur, 14 November 2016 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mengadakan program Corporate Social Community (CSR) siri tiga dengan menjalankan aktiviti gotong-royong di Taman Rekreasi Bukit Komanwel, Bukit Jalil. Program ini telah melibatkan beberapa kakitangan PSM dan kakitangan dari pihak International Medical University (IMU). Kerjasama ini dijalinkan bagi mengeratkan lagi hubungan silraturrahim di antara PSM dan IMU selain daripada membersihkan kawasan taman rekreasi tersebut.

Pada hari tersebut, kakitangan PSM dan IMU dibahagikan mengikut beberapa kumpulan bagi memastikan semua kawasan dibersihkan. Gotong-royong telah dijalankan di tiga kawasan di sekitar Taman Rekreasi Bukit Komanwel iaitu di sekeliling tasik, kawasan laluan ke puncak dan di puncak Bukit Komanwel. Program CSR kali ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia Encik Azman Fahmi Osman dan kehadiran Ketua Pengarah perhubungan luar IMU dengan mengadakan gimik acara menanam pokok di salah satu kawasan yang berdekatan dengan tasik taman rekreasi.

Bagi acara penutupan pula, pihak imu telah menjemput ketua pegawai eksekutif PSM dan semua kakitangan PSM untuk ke ruang legar bangunan IMU bagi sama-sama meraikan majlis penutup program CSR siri tiga tersebut. Satu sesi pertukaran cenderahati dan bergambar telah diadakan sebelum majlis selesai. Pihak PSM berharap agar kerjasama dengan pihak IMU dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

PUSPANITA PSM  telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat bertempat di Rumah Sri Kenangan, Kangar Perlis pada 23 hingga 25 September 2016 yang lalu. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada PUSPANITA PSM beramah mesra dengan penghuni Rumah Sri Kenangan seramai 115 orang melalui pelbagai aktiviti disamping memberikan sumbangan barangan keperluan harian.

Kunjungan PUSPANITA PSM seramai 37 orang telah disambut mesra oleh Puan Fairuz selaku pegawai bertugas Rumah Sri Kenangan bersama beberapa orang warga emas. Sumbangan seperti lampin pakai buang dan makanan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi PUSPANITA PSM kepada wakil Rumah Sri Kenangan . Selain dari program di rumah Sri Kenangan, PUSPANITA PSM turut melawat ke beberapa lokasi seperti Muzium Kota Kayang, Gua Kelam, Empangan Timah Tasoh, Masjid Terapung Al Hussein dan Muzium Padi. Program ini turut mendapat kerjasama dan sumbangan daripada Kelab Sukan dan Kebajikan PSM dan MRCB.

Go to top