warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 1085

Berita Semasa

08Nov2017

Kuala Lumpur, 8 November 2017 – Sebagai tanda sokongan kepada kemenangan altit negara, Program Satu Pingat, Satu  Pokok telah diadakan sebagai simbolik kemenangan pingat emas KL2017.


Penanaman anak pokok telah berlangsung di lokasi utama iaitu di kawasan Plaza KL Sports City (KLSC). Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jeneral Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Landskap Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Timbalan Pengarah Urusan SCGM Berhad, Dato’ Seri Lee Hock Guan; Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat), Tenaga Nasional Berhad, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amindan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017, Dato’ Seri Zolkples Embong.


Selain daripada menanam pokok untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan, bilangan pokok yang akan ditanam juga adalah mengikut bilangan pingat emas, perak dan gangsa yang telah ditawarkan pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang lepas.

 

3 5

05Nov2017

Kuala Lumpur, 5 November 2017 – Sidang media Natchathira Vizha 2018 telah berlangsung di ruang legar Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City. Sidang media ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ M.Saravanan. Turut hadir tetamu utama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman.

Konsert Natchira Vizha yang dijadualkan berlangsung pada 6 Januari 2018 bakal menampilkan artis-artis terkenal dari Selatan India seperti Kamal Hassan , Rajanikanth,Ulaga Nayagan dan ramai lagi. Dianggarkan seramai lebih 30,000 orang peminat yang akan mebanjiri Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

 1 4 5

08Okt2017

Kuala Lumpur, 8 Oktober – Konsert Raaja the Oneman Show telah berlangsung di Axiata Arena merupakan konsert Kollywood terbesar setakat ini dengan kehadiran penonton  melebihi 13,000 orang.

Persembahan dan penampilan istimewa llayaaja selama 5 jam tanpa henti menggamatkan Axiata Arena. Selain itu, penyanyi terkenal seperti S.Chitra, Mano, Hariharan, Kartik, Marudhu Balkrishna serta beberapa penyanyi lagi turut memeriahkan konsert yang sama.

 

2 3 4

07Okt2017

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2017 – Sempena menjelang Sambutan Hari Depavali tidak lama lagi, Agenda Suria Communication Sendirian Berhad telah menganjurkan Karnival Depavali 2017 yang terletak di padang letak kereta B, KL Sports City.

Karnival tersebut akan berlangsung mulai 7 Oktober hingga 17 Oktober 2017 bermula jam 12.00 tengahari sehingga 10.00 malam. Pelbagai jenis jualan yang ditawarkan kepada pengunjung antaranya kain sari, baju punjabi dan aksesori untuk wanita seperti rantai, gelang dan pelbagai lagi.

Orang ramai yang berhasrat untuk datang ke karnival boleh menggunakan pengangkutan awam, LRT Bukit Jalil dan bagi yang ingin menggunakan kenderaan persendirian boleh meletakkan kenderaan di padang letak kereta B yang berhampiran dengan tapak karnival tersebut.

 

2 3 4

05Okt2017

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2017 – Perbadanan Stadium Malaysia telah menerima lawatan dari Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeb) ke KL Sports City.

Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Tony Mahaigan selaku Pengurus Besar Malaysia Major Events dan 12 orang lagi kakitangan MyCeb. Encik Tony dan kakitangan MyCeb di bawa melawat ke Aras 3M untuk melihat persekitaran Corporate Suite bahagian dalam Stadium tentang ruang tempat duduk penonton setelah mendengar taklimat ringkas daripada Encik Azman Fahmi , Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia.

Encik Tony dan kakitangan MyCeb turut di bawa melawat ke sekitar KL Sports City sebelum berangkat pulang.

 

2 3 4

27Sep2017

Kuala Lumpur, 27 September 2017 – Seramai 50 orang kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan lawatan kerja ke KL Sports City.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan memberi pendedahan kepada semua kakitangan MADA berkaitan fasiliti dan kemudahan terbaharu yang terdapat di KL Sports City.

Antara tempat yang dilawati adalah Stadium Nasional, kawasan Plaza, Pusat Akuatik Nasional dan Axiata Arena.

  

20Ogos2017

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2017 – Tuanku Raja Muda Perlis , Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah mengadakan aktiviti kayuhan basikal bersama-sama ahli kumpulan sejauh 29 km di sekitar Bukit Jalil. Aktiviti kayuhan basikal di perkarangan pintu masuk kanan Stadium Nasional.

Tuanku Raja Muda turut berkenan melawat sekitar KL Sports City dan menyakskan sukan polo di Pusat Akuatik Nasional selepas berakhir aktiviti kayuhan basikal pihak Gloria Jeans telah memberikan tajaan sarapan pagi kepada Tuanku dan pasukan kayuhan basikal baginda

  

15Ogos2017

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2017 – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah sudi berkenan untuk melawat ke KL Sports City bagi meninjau kemudahan yang telah dinaik taraf sempena menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Kunjungan Baginda disambut mesra oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan diiringi Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz dan beberapa pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan.

Sejurus tiba di Stadium Nasional, DYMM Sultan telah dibawa ke Corporate Suite di aras 3M bagi mendengar sesi taklimat Pembangunan semula infrastruktur di KL Sports City yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman.

Baginda kemudian turut melawat ke Axiata Arena dan menikmati santapan ringan yang telah disediakan.

 

 

03Ogos2017

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2017 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah menerima kunjungan daripada Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah ke KL Sports City. Kunjungan ini  bertujuan untuk bagi melihat persiapan awal sempena menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Lawatan telah diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman dan Pengurus Projek MRCB, Encik S. Nagunalingam. Turut hadir pada sesi lawatan ini ialah YBhg Dato Hj. Mohamad Sahfri Ab Aziz, Pengerusi PSM dan beberapa orang ahli lembaga PSM dan pegawai-pegawai dari Majlis Sukan Negara.

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan isteri juga di bawa melawat ke sekitar KL Sports City dan seterusnya meniklmati jamuan makan tengahari di Majlis Sukan Negara.

 

18Mei2017

Kuala Lumpur, 16 Mei 2017 – Sambutan ulang tahun UMNO ke-71 telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 MEI 2017 dengan kemuncak sambutan ialah majlis perasmian oleh YAB Perdana Menteri yang juga Presdien UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Ia merupakan sambutan yang terbesar untuk sejarah sambutan UMNO. Ramai yang hadir dari seluruh negeri untuk memeriahkan lagi sambutan pada kali ini.

Sambutan pada kali ini berkonsepkan keagamaan seperti aktiviti tazkirah bersama YBhg. Ustaz Dato Hj. Badlishah Alauddin dan solat berjemaah bersama anak-anak tahfiz yang di imamkan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Selain daripada itu, sambutan dihangatkan lagi dengan larian sambil membawa Bendera UMNO ke dalam Stadium Nasional yang diketuai oleh YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Larian ini merupakan simbolik penutup Larian Bendera UMNO yang telah dilakukan dibeberapa negeri pada sebelum ini.

Pada masa yang sama juga, turut berlangsungnya Karnival Wow di Padang Letak Kereta B yang turut memeriahkan lagi Sambutan Ulangtahun UMNO ke 71.

Muka 4 dari 5
Go to top