warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 1085
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 705

Berita Semasa

01Apr2018

Kuala Lumpur, 1 April 2018 - Pasukan Harimau Malaya berjaya memperoleh kemenangan besar setelah berjaya menewaskan Bhutan 7- 0 di Stadium Nasional KL Sports City dengan keputusan akhir Malaysia 7 – 0 Bhutan.

Kemenangan ini pastinya mampu menaikkan semangat pemain negara yang sebelum ini menerima kritikan daripada peminat bola sepak.

 

2

30Mac2018

Kuala Lumpur, 30 Mac 2018 – Satu himpunan Usahawan Bumiputera  (HUB) 2018 telah berlangsung di KL Sports City. Dianggarkan seramai 14 000 orang terdiri daripada wakil dari persatuan dan usahawan – usahawan Bumiputera di seluruh Negara telah menyertai program ini. Himpunan ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mac 2018

Program ini turut disempurnakan lagi dengan sesi sembang petang bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dengan semua usahawan di Axiata Arena. Turut berlangsung adalah majlis pertukaran dokumen MOU di antara SME Corporation Malaysia dengan MARA, Petronas, Tabung Haji , Axiata dan lain-lain lagi. Program ini turut dimeriahkan dengan Karnival Jom Niaga dan Young CEO summit

3 2

1

29Mac2018

Kuantan, 29 Mac 2018 – Majlis penyerahan Akademi Bola Sepak Dahari, Gambang dengan rasminya diserahkan kepada Majlis Sukan Negara. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato Haji Ahmad Halmi Harun mewakili Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan YBhg Dato Haji Ahmad Shapawi dari Majlis Sukan Negara bertempat di Bilik Mesyuarat Akademi tersebut.

 

2

24Mac2018

Kuala Lumpur, 24 Mac 2018 – KL Sports City turut menyokong kempen Earth Hour Sedunia dengan memadamkan lampu facade Stadium Nasional selama 1 jam. Lampu facade yang dihiasi dengan tulisan kempen Earth Hour yang dinyalakan mulai jam 7.00 malam telah dipadamkan tepat pada jam 8.30 malam. Kempen yang pada asalnya hanya dilaksanakan di sebuah bandar sahaja telah mula menjadi ikutan seluruh bandar utama di dunia. Jadikan Earth Hour sebagai rutin kehidupan seharian ke arah membantu menanggani fenomena pemanasan global.

 

2

22Mac2018

 

Kuala Lumpur, 22 Mac 2018 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang dimiliki dengan semua Ketua Pengurusan Stadium di Malaysia. Justeru itu,satu sesi lawatan dan taklimat yang dihadiri oleh 11 orang ketua Pengurusan Stadium telah diadakan pada 22 Mac 2018 di KL Sports City. Sesi lawatan ini diketuai sendiri oleh Encik Azman Fahmi Osman , Ketua Pegawai Eksekutif PSM. Selain lawatan sekitar KL Sports City, semua jemputan turut berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia menentang Mongolia di Bilik Suite, Stadium Nasional KL Sports City. Perkongsian ilmu dan kepakaran ini dilihat dapat memberi manfaat kepada kesemua pihak yang hadir.

 

2

20Mac2018

 

C:\Users\nursyarafina\Downloads\29473163_1606176666104403_8564027309566704810_n.jpg

 

Kuala Lumpur, 20 Mac 2018 – Harimau Malaya buat pertama kalinya beraksi di padang Stadium Nasional KL Sports City selepas selesai naik taraf Fasa 1 berakhir pada Julai 2017. Perlawanan pada kali ini  menyaksikan pertembungan di antara pasukan Harimau Malaya dengan Mongolia yang berakhir dengan keputusan seri dua sama (2 - 2). Stadium Nasional dimeriahkan dengan sorakan semangat daripada Ultras Malaya serta para penyokong bola sepak Malaysia yang membanjiri Stadium Nasional selepas separuh masa pertama.

C:\Users\nursyarafina\Downloads\29512297_1606176592771077_603324453023544639_n (1).jpg

11Mac2018

Kuala Lumpur, 11 Mac 2018 – Pusat Akuatik Geelong Australia menganjurkan satu program pengenalan aktiviti renang yang diberi nama Baby & Me di Pusat Akuatik Nasional KL Sports City.

Program telah melibatkan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4 tahun ke bawah yang di awasi oleh ibu-bapa di dalam kolam renang tersebut sewaktu acara dijalankan dan dibantu oleh jurulatih yang berpengalaman dari Australia. Pelatih-pelatih ini mempunyai kepakaran dalam melatih kanak-kanak yang masih kecil. Selain itu, kolam renang tersebut amat bersesuaian untuk kanak-kanak yang masih kecil dengan kemudahan moving floor di mana kedalaman kolam tersebut dapat diselaraskan mengikut keperluan program.

 

baby2

09Mac2018

Kuala Lumpur , 09 Mac 2018 – Stadium Nasional di banjiri oleh seramai 20,000 orang penonton bagi menyaksikan tayangan perdana filem Lee Chong Wei: Menjulang Kejuaran. Tayangan yang menggunakan skrin berukuran 40m x 17 merupakan yang julung kali diadakan di Stadium Nasional dan turut mencipta sejarah apabila turut dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records dan Asia Of Records.

Tayangan perdana ini menyaksikan perjalanan hidup seorang wira Negara dalam Sukan Badminton Malaysia. Datuk Lee Chong Wei bersama isteri dan dua anak beliau turut membuat kemunculan pada acara permaidani merah sebelum tayangan filem bermula.

Filem Lee Chong Wei ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Negara mulai 15 Mac 2018

lcw1

08Mac2018

Kuala Lumpur, 08 Mac 2018 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) memetrai memorandum persefahaman melalui satu majlis yang diadakan di Stadium Nasional, Kl Sports City.

Memorandum untuk tempoh selama 5 tahun ini bertujuan untuk menggunakan bidang pengurusan dan penganjuran sukan di KL Sports City. Kerjasama ini juga bakal memberi manfaat dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan, perniagaan, kepakaran yang merangkumi aspek pertanian reka bentuk, perhutanan dan hortikultur.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Naib Canselor UPM iaitu Yang Berbahagia Profesor Datin Sri Paduka Dr. Aini Ideris di iringi pegawai-pegawai dari UPM. Ketibaan tersebut telah di sambut mesra oleh Encik Azman Fahmi Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PSM.

 

upm

24Jan2018

Kuala Lumpur – Kejohanan Badminton Perodua Malaysia telah melabuhkan tirai pada 21 Januari 2018. Kejohanan ini berlangsung lebih kurang satu minggu bermula dari 16 Januari sehingga 21 Januari di Axiata Arena, KL Sports City.

Daihatsu Motor Berhad merupakan penaja utama untuk kejohanan ini. Persaingan sengit di antara negara yang bertanding telah memberi debaran kepada penonton yang hadir dalam memberi sokongan kepada pasukan yang diminati

Perlawanan akhir menyaksikan pertemuan di antara pasukan beregu Malaysia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dengan pasukan beregu dari Indonesia, Fajar Alfan dan Muhammad Ardianto. Walaubagaimanapun, Malaysia terpaksa akur dengan kemenangan yang berpihak kepada negara Indonesia.

 

badminton2

Muka 3 dari 5
Go to top