warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 1085
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 705

Berita Semasa

30Ogos2018

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2018 – Lebih 7000 peserta yang membanjiri KL Sports City berjaya mengatasi cabaran biarpun terpaksa menempuh beberapa halangan baru yang lebih unik serta mencabar dalam siri larian berhalangan Viper Challenge, Great Eastern Viper Arena 2018 Sabtu lalu.

Acara Viper Challenge ini telah menggunakan hampir keseluruhan ruang yang terdapat di KL Sports City. Antara laluannya adalah di Stadium Nasional, ruang legar Axiata Arena dan sekitar Pusat Skuasy Nasional. Dianggarkan acara ini berlangsung bermula dari jam 5.00 petang hingga 4.00 pagi. Walaupun acara ini pada waktu malam, ianya tidak membataskan semangat peserta-peserta yang menyertai acara ini.  

viper1

viper2

viper3

viper4

30Ogos2018

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2018 - Buat julug kalinya, Kompleks Sukan Jalan Duta (KSJD) telah menjadi pilihan penganjur untuk acara konsert 16 Baris, Joe Flizzow. Dengan keluasan stadium tenis tertutup itu, ianya dilihat mampu untuk memberikan keselesaan kepada semua peminat yang datang untuk menyaksikan artis-artis kesayangan mereka membuat persembahan.

Dianggarkan seramai 3,000 peminat muzik genre rap dan hip hop hadir untuk memberi sokongan. Konsert yang dijadualkan bermula jam 5.00 petang berlangsung selama 6 jam. Walaupun demikian, peminat telah mula membanjiri perkarangan Kompleks Sukan Jalan Duta seawal jam 3.00 petang untuk menunggu kemunculan Joe Flizzow.

Kemudahan awam yang terdapat di kompleks Sukan Jalan Duta juga telah memudahkan semua yang datang. Disamping itu, Terdapat juga jualan food truck yang disediakan bagi mereka yang ingin membeli makanan dan minuman.  

jo1

jo2

jo3

jo4

30Ogos2018

Kuala Lumpur, 28 Julai 2018 – Sambutan Ulangtahun ke-20 Kompleks Sukan Negara dan Kompleks Sukan Bukit Kiara telah diadakan pada 28 dan 29 Julai 2018 bertempat di KL Sports City. Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) melalui kolabarasi bersama pihak Media Prima telah menampilkan acara tahunan mereka iaitu Jom heboh sebagai klimaks kepada sambutan ulang tahun tersebut. Kolabarasi tersebut telah berjaya menarik pengunjung untuk datang berkunjung di Kompleks Sukan Negara yang kini telah dinaiktaraf dan ditukar nama kepada KL Sports City.

Selain dapat berkunjung ke Karnival Jom Heboh dan konsert, PSM juga telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik kepada orang awam dengan menggunakan semua kemudahan yang sedia ada di KL Sports City. Antara aktiviti – aktiviti yang telah diadakan ialah Stadium Tour, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Peragaan Kanak-kanak, Kejohanan Futsal, Inline Skate Clinic dan Booth PSM juga turut di lokasi karnival Jom Heboh. Di booth PSM, beberapa panel PSM seperti Build Up Resources, F&N 100 Plus, International Medical University, dan Seat Advisor turut sama memeriahkan booth dengan aktiviti masing-masing.

Melalui aktiviti Stadium tour orang ramai berpeluang merasai sendiri pengalaman masuk ke dalam stadium seperti lobi utama, suite kenamaan, bilik persalinan pemain dan pengunjung turut di bawa turun sehingga ke trek dan padang. Ulangtahun 20 ini juga turut menampilkan seorang peserta dari Malaysia yang telah mencipta rekod pada hari tersebut dengan melakukan larian kebelakang (Run Backwards) bermula dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam di trek Stadium Nasional. 

anniversary201

anniversary20 2

anniversary20 3

anniversary20 4

anniversary20 5

anniversary20 6

03Ogos2018

Kuala Lumpur,15 Julai 2018 – Orang ramai mula membanjiri Axiata Arena seawal jam 7.00 pagi bagi menyaksikan Fight Of Champions yang menampilkan peninju tersohor, Manny Pacquiao dari Filipina. Manny Pacquiao telah memilih Axiata Arena untuk bertemu dengan lawannya Lucas Matthytsee dari Argentina. Ini merupakan sejarah kepada Axiata Arena yang telah dipilih sebagai venue acara.

Yang Amat Berhormat Tun Mahathir bersama-sama dengan Presiden Filipina Rodigo Duterte turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini. Antara tetamu-tetamu terhormat lain yang turut sama adalah Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu dan Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Syed Saddiq.

Selain itu, penonton-penonton yang datang berpeluang untuk mendapatkan koleksi cenderamata Ekslusif Fight Of Champion. Axiata Arena turut menyediakan penjualan food truck untuk para penonton membeli makan dan minum seppanjang berada di sana.  

mann3

manny2

mann3

manny4

03Ogos2018

Kuala Lumpur, 07 Julai 2018 – Axiata Arena telah digegarkan dengan kehadiran peminat K-Pop bagi menyaksikan Konsert Jelajah Exo Planet The Elyxion. Para peminat telah memenuhi perkarangan Axiata Arena sejak awal pagi walaupun konsert tersebut dijadualkan bermula jam 5.00 petang.

Lagu-lagu yang dinyanyikan serta muzik yang dimainkan tidak mengecewakan para peminat Exo kerana Axiata Arena menyediakan sistem bunyi terbaik di dunia.  

exo1

exo2

exo3

03Ogos2018

Kuala Lumpur,07 Julai 2018 –Stadium Nasional kini kembali menjadi venue perlawanan akhir Piala FA 2018 selepas kali terakhir menyaksikan pasukan Singapura,Lions XII menundukkan Kelantan 3 -1 pada tahun 2015.

Pada tahun ini Piala FA menemukan dua pasukan antara Pahang menentang Selangor dengan keputusan akhir 2-0 di Stadium Nasional. Dianggarkan seramai peminat bola sepak dari kedua-dua pasukan hadir untuk memberi semangat dan sokongan.

Turut hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut ialah Yang Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Isris Shah dan Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Setelah tamat perlawanan tersebut, Menteri Belia dan Sukan dilihat turut mengutip sampah di tempat duduk penonton sebaik sahaja perlawanan tamat. Tindakan Yang Berhormat itu merupakan satu sikap yang boleh dicontohi oleh semua pihak.  

fa1

fa2

fa3

03Ogos2018

Kuala Lumpur, 28 Jun 2018 – Selepas Subway, Heroes Cafe dan KLSC Bistro, Axiata Arena telah menjalinkan kerjasamam dengan Ramly Burger bagi membuka restorannya di Axiata Arena. Kerjasama ini dibuat setelah mengambil kira kualiti dan rasa produk Ramly Burger.

Kepelbagaian restoran juadah makanan di Axiata Arena bertujuan untuk mengoptimumkan keselesaan dan memudahkan para pengunjung yang berkunjung ke Axiata Arena.  

ramly

ramly1

ramly2

04Jun2018

Kuala Lumpur, 30 Mei 2018- Program memasak Bubur Lambuk Stadium #Stadiumkita Perbadanan Stadium Malaysia melalui kerjasama bersama Merci Chef Malaysia, atlet dan bekas atlet Negara telah diadakan di perkarangan Surau Al-Hidayah Kl Sports City. Program yang berkonsep Corporate Social Responsibility (CSR) ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk datang ke KL Sports City dan juga merapatkan hubungan antara warga PSM dengan atlet , bekas atlet, pengamal media dan komuniti selain merasai sendiri pengalaman menyediakan bubur lambuk yang merupakan juadah yang begitu sinonim pada setiap kali kehadiran bulan Ramadan.

Antara bekas atlet yang hadir untuk sama-sama memeriahkan program memasak bubur lambuk adalah Datuk Malek Noor, Datuk Mirnawan Nawawi, Dato Noorul Ariffin, Datuk Khairudin Buyang, Rosman Alwi, Khalid Ali, Nuraida Ariffin, Afrita Ariani dan Norseela Khalid. Agihan bubur lambuk kepada orang ramai dimulakan pada jam 3.00 petang di sekitar Dataran LRT Bukit Jalil. Sesi agihan ini turut dimeriahkan dengan penglibatan seramai 11 orang atlet dari Majlis Sukan Negara Zulhelmi Zarid, Muhamad Halmi, Muhamad Shafiq atlet berbasikal, Muhamad Solihin , Muhamad Nazreen, Muhamad Syazwan atlet olahraga, Wan Muhamad Syafiq, Wafiq, Mohamad Zin atlet menembak serta Nur Afissa dan Nuramalia Haneesha atlet memanah.

Diharapkan program yang julung kali diadakan ini akan dapat mendekatkan KL Sports City dengan pihak luar di samping mengeratkan hubungan silraturrahim dengan semua pihak yang berkerjasama.  

bubur1

bubur2

bubur3

bubur4

bubur5

21Mei2018

Kuala Lumpur, 03 Mei 2018 – Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah menganjurkan Kejohanan Renang Terbuka Malaysia bertempat di Pusat Akuatik Nasional, KL Sports City. Kejohanan ini telah melibatkan atlit- atlit dari seluruh negeri di Malaysia. Perenang sensasi Negara, Welson Sim telah memberikan saingan hebat kepada pasukan lawan dengan berjaya meraih tiga emas walaupun beliau mengalami kecederaan di bahu kaki . Emas tersebut sekali gus dimiliki oleh kontijen dari Sarawak. 

renang1

renang2

renang3

21Mei2018

Kuala Lumpur, 01 Mei 2018 – Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018 telah berlangsung selama empat hari di Stadium tertutup, Axiata Arena KL Sports City. Kejohanan gimnastik berirama Asia ini melibatkan saingan kategori individu, berkumpulan mengikut ranking dan kategori all-around.

Selain Malaysia, edisi kali ini turut melibatkan penyertaan dari lain-lain Negara seperti China, Jepun, Korea Selatan, Uzbekistan, Kazakhstan, Mongolia, Krygztan, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia,Filipina, Qatar, Iran, Lubnan dan Korea Selatan.  

gimnas1

gimnas2

gimnas3

Muka 2 dari 5
Go to top