warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Super User

Super User
31Mei2019

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2019 7 April, Kuala Lumpur – Tidak dinafikan lagi seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Axiata Arena tetap menjadi venue pilihan utama bagi penganjuran acara berprestij dunia iaitu Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019.

Kejohanan yang berlangsung selama enam hari yang bermula pada 2 April sehingga 7 April itu menyaksikan permainan yang mantap dari pemain-pemain dunia seperti Lin Dan, Chen Long, Tai Tzu Ying dan lain-lain lagi.

Pemain dari China, Lin Dan muncul juara perseorangan lelaki dengan mengalahkan rakan senegaranya, Chen Long dengan keputusan 9-21,21-17,21-11 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai US$49,000 (RM 200,417), manakala Tai Tzu Ying yang juga pemain nombor satu dunia pula merangkul kejuaraan bagi perseorangan wanita selepas mengalahkan pemain dari Jepun, Akane Yamaguchi 21-16,21-19.

Walaubagaimanapun, kejohanan pada kali ini menyaksikan Datuk Lim Chong Wei tidak turun padang untuk menyertai kejohanan ini kerana masih menjalani rawatan tetapi telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang utama bagi kejohanan ini.

56435232 2102767579778640 7328034747592998912 o

56739237 2102767496445315 2583990606040662016 o

56956537 2102767609778637 2916219765338931200 o

31Mei2019

13 April,Kuala Lumpur - Sesuai dengan slogan Bukan Sekadar Arena Sukan, Stadium Nasional Bukit Jalil digegarkan dengan kemunculan artis antarabangsa di Konsert Ed Sheeran Divide Tour 2019 yang popular dengan lagu Shape On You.

Konsert yang dimeriahkan oleh 41 000 penonton itu memulakan persembahan dengan lagu ‘Castle on the hill’ oleh Ed Sheeran sebagai pembuka tirai pada malam itu.

Konsert menjadi semakin meriah dengan kemunculan Ed Sheeran yang menyarungkan jersi Team Malaysia di penghujung konsert yang seterusnya menghiburkan penonton dengan lagu hits beliau iaitu Shape On You dan lagu ‘You Need Me, I Don’t Need You’.

Persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini merupakan persembahan ketujuh beliau dalam jelajah Ed Sheeran di Asia, diikuti dengan penampilan di Singapura yang akan berlangsung pada 26 April, Bangkok ,28 April dan Jakarta pada 3 Mei  

Go to top