warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Nur Syarafina

Nur Syarafina
28Nov2018

Kuala Lumpur, 24 November 2018 – Stadium Nasional, KL Sports City Bukit Jalil telah mencatat sejarah dengan kehadiran penyokong seramai 83,773 orang sempena perlawanan Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia menentang Myanmar. Stadium ini disemarakkan lagi dengan semangat penyokong luar biasa kali ini telah memberi impak yang positif kepada pasukan Negara dengan mara ke peringkat separuh akhir.

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan. Keputusan Malaysia 3-0 Myanmar terduduk, terdiam dan terpaku di tengah padang sambil ditenangkan oleh pasukan Negara.

Antara yang menarik berlaku sewaktu rehat suku masa pertama adalah seorang dari penyokong bola telah membuat lamaran kepada teman wanitanya dengan paparan di skrin besar dalam stadium itu dengan tulisannya “jom kahwin saya shinna” telah menggamatkan stadium seketika.

Selain itu, terdapat hampir tiga puluh buah food truck menarik yang memenuhi ruang legar dalam stadium bagi memudahkan orang ramai untuk membeli makanan dan minuman sewaktu menyaksikan perlawanan.  

aff 1

aff 2

aff 3

aff 4

28Nov2018

Kuala Lumpur, 24 November 2018 – Seawal jam 5.30 pagi peserta bagi acara Breakfast Run 2018 telah berkumpul di hadapan Pusat Skuasy Nasional, KL Sports City. Sebelum larian bermula, para peserta telah diberi pendedahan untuk melakukan regangan badan bagi mengurangkan risiko kecederaan otot sewaktu berlari.

Acara ini terdiri dari dua kategori iaitu 10 km dan 5 km. Peserta perlu melalui beberapa check point dan laluan di sekitar KL Sports City. Acara turut dimeriahkan lagi dengan persembahan zumba di Ruang legar Pusat Skuasy Nasional.

Selaras dengan tema larian ‘Breakfast Run’, para peserta diberi sarapan pagi Burger King secara pecuma beserta sijil dan pingat sebagai tanda kenang-kenangan.  

breakfast 1

breakfast 2

breakfast 3

28Nov2018

Kuala Lumpur, 23 November 2018 – Pusat Tenis Nasional, Kompleks Sukan Jalan Duta sememangnya menjadi tumpuan bagi acara kejohanan di pelbagai peringkat kerana kemudahan yang ada seperti 13 buah gelanggang serta kapasiti penonton 3000 orang sangat sesuai dijadikan venue bagi Kejohanan Tenis Master Malaysia 2018 yang berlangsung bermula 19 November 2018 sehingga 23 November 2018.

Kejohanan ini telah menampilkan pemain-pemain muda yang bakal menjadi pelapis Negara dalam acara sukan tenis bertanding bagi merebut kejohanan dalam kategori masing-masing.

Kehadiran isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah turut memeriahkan lagi susasana dan beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pada hari terakhir berlangsungnya kejohanan tersebut.  

tenis 1

tenis 2

tenis 3

28Nov2018

Kuala Lumpur, 18 November 2018 – The Kuala Lumpur Major 2018 merupakan pertandingan major yang pertama diadakan di Malaysia dan buat julung kalinya berlangsung di Axiata Arena selama 3 hari bermula dari 16 sehingga 18 November 2018.

Dengan kemudahan empat buah papan paparan LED yang dipasang di Axiata Arena telah memudahkan penoton untuk menyaksikan The Kuala Lumpur Major 2018 yang telah menampilkan pasukan terbaik dunia dalam memburu kejuaraan Major kali ini selepas dimenangi oleh Team Liquid di Shanghai, China pada edisi yang lalu.

Pada perlawanan akhir menyaksikan pasukan Team Secret yang dianggotai peserta dari campuran Negara menentang pasukan Virtus.Pro dari Negara Rusia dengan sengit sehingga membawa kepada set 5. Team Secret mendahului sebanyak dua kali 1-0 dan 2-1, walaubagaimanapun pada set ke 5 tidak menyebelahi mereka. Virtus.Pro telah berjaya membuat kemunculan semula dengan memastikan mereka membawa pulang gelaran Juara KL Major 2018 dan wang tunai sebanyak USD 1 Juta.

Dengan keluasan 13,000 kapasiti serta ruang yang ada di dalam Axiata Arena, acara ini dianjurkan sangat teratur dan terdapat banyak booth jualan yang berkaitan dengan e-sukan. Orang ramai juga turut berpeluang untuk membeli barangan keluaran dari The Kuala Lumpur Major seperti topi, t –shirt, pelekat dan jaket.  

dota 1

dota 2

19Okt2018

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2018 – KL Sports City menjadi lokasi pilihan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Kebangsaan . Majlis yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperi Sukan Ekstrem, sukan tradisional, aerobik, urban warrior,e-sports game, perlawanan bola sepak persahabatan dan lain-lain lagi.

Acara ini diserikan lagi dengan kehadiran YABMenteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi merasmikan pelancaran sambutan Hari Sukan Negara 2018. YAB Perdanan Menteri bersama-sama dengan Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq turut membuat pelepasan peserta Fun Walk 3km dan Fun Ride 10 km.

Pengunjung Hari Sukan Negara turut menikmati tambang percuma jika menggunakan perkhidmatan LRT yang ditawarkan oleh Prasarana Berhad sebagai sokongan bagi melancarkan lagi sambutan Hari Sukan Negara.

Pihak Prasarana juga telah melanjutkan tempoh operasi LRT sehingga jam 1.00 pagi bagi memberi sokongan kepada acara larian 21 km yang berlangsung pada sebelah malam.

hsn1

hsn2

hsn3

hsn4

19Okt2018

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2018 – Kompleks Sukan Bukit Jalil kini berwajah baru dikenali sebagai KL Sports City telah sekali lagi mencatat kejayaan yang membanggakan dengan dinobatkan sebagai projek terbaik dalam anugerah pembangunan dan reka bentuk Stadium 2018. Anugerah tersebut diumumkan pada Sidang kemuncak Pembangunan dan Reka Bentuk Perniagaan Stadium 2018 di London.

KL Sports City disenarai pendek bersama-sama tujuh lagi pesaing termasuk Fiserv Forum, Little Caesars Arena and Audi Field di Amerika Syarikat dan Optus Stadium di Australia.

Projek menaiktaraf pembangunan KL Sports City ini telah berjaya disiapakan dalam tempoh 18 bulan sebelum bermulanya Sukan SEA 2017 sewaktu Malaysia dilantik sebagai tuan rumah.

Diharapkan dengan kemudahan yang terdapat di KL Sports City ini mampu menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk datang beriadah dan bersukan.  

award1

19Okt2018

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2018 – Axiata Arena sekali lagi menjadi pilihan bagi penganjuran Konsert Artis terkenal dari Negara China, Jacky Cheung. Konsert ini telah berlangsung selama 3 hai bermula dari 5 hingga 7 Oktober 2018.Sebelum ini Axiata Arena telah digegarkan dengan kemeriahan konsert yang sama pada Januari 2018.

Kemeriahan turut dirasai di luar Axiata Arena dengan pembukaan booth pihak penaja konsert seperti Goldsands, Tune talk, Allianz, Mayflower, Sembonia, Sea horse, Nasa dan Quill City Mall. Pelbagai tawaran hebat yang telah ditawarkan kepada pengunjung sebelum bermulanya konsert yang dijadualkan pada jam 8.00 malam.

Selama tiga hari penganjuran konsert, Axiata Arena dibanjiri oleh para peminat Jacky Cheung walaupun keadaan di sekitar KL Sports City telah mengalami kesesakkan lalu lintas yang teruk sejak hari pertama berlangsung konsert.

Kehebatan penyanyi Jacky Cheung bersama penari serta dimeriahkan lagi dengan teknologi canggih pentas dan lampu yang dibawa khas dari China itu tidak dapat dinafikan lagi. Dengan keluasan Stadium Axiata Arena yang mempunyai kapasiti 15,000 orang dapat menampung segala seni bina pentas yang menggunakan teknologi terkini, moden disamping penggunaan lampu. . Gabungan pentas dan lampu dapat menonjolkan kehebatan konsert Jacky Cheung A Classic Tour 2018.  

jc1

jc2

 

19Okt2018

Kuala Lumpur, 26 September – Tokoh korporat terkenal Tan Sri Tony Fernandes telah dilantik sebagai pengerusi baharu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi menggantikan Dato’ Hj Mohamad Sahfri Ab. Aziz. Perlantikan ini telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui satu kenyataan media. Perlantikan ini dibuat adalah berdasarkan pengalaman dan pencapaian beliau dalam bidang komersil termasuklah industri pemasaran, perolehan hiburan dan penyiaran.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Encik Azman Fahmi Osman menyambut baik atas perlantikan Tan Sri Tony Fernandes dan percaya bahawa Tan Sri Tony Fernandes dan percaya bahawa Tan Sri Tony Fernandes dapat membantu memajukan dan merancakkan lagi pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai aset dibawah PSM serta membantu dalam aspek pengurusan fasiliti dan pengkomersilan.  

19Okt2018

Kuala Lumpur, 20 September 2018 – Stadium Nasional KL Sports City telah menjadi venue pilihan bagi acara kejohanan Remaja B-16 2018 bermula dari 20 September sehingga 7 Oktober 2018. Kejohanan Remaja B-16 AFC 2018 merupakan edisi ke-18 yang dianjurkan oleh gabungan bola sepak Asia dan Malaysia telah dilantik sebagai tuan rumah AFC pada 25 Julai 2017.

Sebagai tuan rumah, Malaysia sudah tentu mahu mensasarkan kemenangan untuk menjadi juara. Namun Malaysia terpaksa akur apabila kecundang 2-0 semasa menentang pasukan Jepun dan keputusan keseluruhan kejohanan ini telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada Jepun.

Kehadiran para penyokong bola sepak ke Stadium Nasional telah menyemarakkan lagi semangat para pemain. Semangat ini harus diberi pujian kerana para penyokong sanggup meluangkan masa untuk datang dan memberi sokongan walaupun jadual perlawanan kebanyakkannya pada hari bekerja.

afc1

afc2

afc3

afc4
 

19Okt2018

Kuala Lumpur, 16 September 2018 – Padang letak kereta A & B KL Sports City, Bukit Jalil digegarkan dengan konsert dan festival KL Sports City Sayangi Malaysiaku pada 14 hingga 17 September 2018. Acara yang berlangsung selama empat hari ini menampilkan Dayang Nurfaizah, Ella, Siti Nordiana, Hael Husaini, Khai Bahar, Hazama, Natasha Sass, Soo Winci, Ayda Jebat, Altimet, Syamel, Faradhiya dan ramai lagi. Konsert ini juga turut membawa penampilan istimewa daripada Selangor Philhamonic Choir.

Kemudahan acara ini adalah tidak melibatkan pengguna dan kerajaan tetapi dibayai dengan kerjasama syarikat panel Perbadanan Stadium Malaysia seperti Build UP Resources (BUR), AFS Engineering Sdn Bhd, Sports Spin Sdn Bhd, Serai Group, Edotco, Ohj serta rakan rasmi seperti Petronas Dagangan dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).  

sm1

sm2

sm3

Muka 1 dari 6
Go to top