warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Sambutan Hari Keluarga Perbadanan Stadium Malaysia

Gold Coast Morib, 11 Mac 2017 – Perbadanan Stadium Malaysia telah mengadakan sambutan hari keluarga bertempat di Gold Coast Morib. Seramai lebih seratus orang yang hadir terdiri daripada kakitangan PSM dan ahli keluarga.

Tujuan utama sambutan Hari Keluarga ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan kakitangan dan keluarga masing-masing. Antara aktiviti yang diadakan adalah sukaneka untuk  kanak-kanak dan dewasa, majlis makan malam, cabutan bertuah, pertandingan peragaan pakaian dari anak-anak kakitangan dan persembahan dari kakitangan PSM yang dibahagi kepada empat kumpulan.

 

Persidangan Undang-Undang Sukan 2016 di Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA)

Kuala Lumpur, 8 Disember 2016 – Julung kalinya persidangan undang-undang sukan telah diadakan di Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration. Kebanyakkan yang hadir merupakan ahli panel jemputan dan pelbagai latar belakang dalam bidang pengurusan sukan. Persidangan ini disempurnakan lagi dengan kehadiran H.R.H Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dari Majlis Olimpik Malaysia.

Perbadanan Stadium Malaysia telah diwakili oleh Encik Azman Fahmi Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PSM bagi membentangkan tajuk berkenaan pembangunan semula Kompleks Sukan Negara sebagai KL Sport City. Tujuan persidangan ini diadakan bagi memberi ruang kepada para pengurus sukan dan atlet untuk memperjelaskan lebih lagi mengenai peraturan sukan di Malaysia.

 

Bengkel Pemahaman Penyediaan dan Kawalan Bajet

Kuala Lumpur, 25 Januari 2017 - Perbadanan Stadium Malaysia telah mengadakan Bengkel Pemahaman Penyediaan dan Kawalan Bajet bertempat di bilik latihan Taman Teknologi Malaysia.

Bengkel ini telah melibatkan seramai 18 orang kakitangan Perbadanan Stadium Malaysia. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman berkenaan bajet 2017 Perbadanan Stadium Malaysia yang akan digunakan bagi tujuan kerja-kerja yang melibatka jabatan.

Selain itu, dapat memberi peluang kepada wakil bagi setiap bahagian untuk mengutarakan soalan ataupun pendapat bagi penambahbaikkan sistem dalam penyediaan kawalan bajet yang telah dibuat oleh bahagian kewangan PSM.

Di harap wakil untuk setiap bahagian yang menyertai bengkel ini dapat memanfaatkan dan menyalurkan segala ilmu yang diperolehi kepada jabatan untuk masa akan datang.

Sidang Akhbar Status Kawalan Wabak Denggi oleh KSU KBS

31 Januari 2016 - Sebentar tadi telah berlangsungnya sidang akhbar Status Kawalan Wabak Denggi di Sekitar Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil bertempat di Casa 1, MSN.

Tujuan sidang akhbar ini diadakan bagi berkongsi gerak kerja dan status terkini berkenaan wabak denggi yang melanda. Untuk pengetahuan umum satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi perlaksanaan gerak gempur Aedes. Antara zon yang terlibat adalah MSN dan ISN,kawasan tapak pembinaan KL Sport City,Sekolah Sukan Bukit Jalil,kawasan Tapak Pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M),dan sekitar Sungai Kuyoh.

Dilaporkan sepanjang bulan Januari 2017, sebanyak 17 kes denggi telah disahkan yang melibatkan 9 kes yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MSN dan ISN serta ahli keluarga mereka yang tinggal di Vista MSN. 8 kes lagi melibatkan atlit dan jurulatih yang tinggal di SSBJ, Casa MSN dan asrama Technology Park Malaysia.

P/s : Dinasihatkan orang ramai supaya segera untuk mendapatkan rawatan awal jika mengalami simptom denggi.

Axiata Arena: Soft Launch

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2017 - Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mencipta sejarah sebagai pengurusan venue pertama di Malaysia yang melaksanakan Venue Naming Rights (Hak Penamaan Stadium)  ke atas Stadium Putra Bukit Jalil. Venue Naming Rights ini adalah kerjasama di antara PSM dengan pihak Axiata Group Berhad melalui perjanjian selama 10 tahun yang bernilai RM55 juta. Majlis Pelancaran tersebut telah diadakan pada 16 Januari 2017 bertempat di Axiata Tower yang dirasmikan oleh YB Brigadier Jeneral Encik Khairy Jamaluddin. 

15

Lawatan Chief De Mission

Kuala Lumpur, 21 Februari 2017 – Sempena menjelang Sukan SEA 2017, Sekretariat Sukan SEA telah membuat persiapan awal dengan mengadakan satu lawatan khas yang dihadir oleh Chief De Mission dari seluruh negara yang akan menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ke venue-venue yang bakal digunakan bagi temasya tersebut.

Lawatan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali itu bermula dari jam seawal 10 pagi sehingga jam 5 petang. Satu sesi taklimat khas telah diadakan kepada semua Chief De Mission sebelum memulakan lawatan ke sekitar Kompleks Sukan Negara,Bukit Jalil dan Velodrome Nasional, Nilai.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada semua Chief De Mission Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 untuk melihat dengan lebih dekat persiapan dan persediaan sempena temasya Sukan SEA yang akan berlangsung. Penerangan secara teknikal juga turut dikongsikan oleh wakil dari Jabatan Kerja Raya dan kontraktor khas yang mengendalikan projek tersebut.

Di harap segala persiapan awal ini dapat memberikan impak yang lebih besar kepada pihak Chief De Mission dan warga KBS serta seluruh agensi yang terlibat untuk menjayakan Temasya Sukan SEA 2017.

Muka 6 dari 6
Go to top