warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Karnival Deepavali 2017 Di Padang Letak Kereta B, KL Sports City

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2017 – Sempena menjelang Sambutan Hari Depavali tidak lama lagi, Agenda Suria Communication Sendirian Berhad telah menganjurkan Karnival Depavali 2017 yang terletak di padang letak kereta B, KL Sports City.

Karnival tersebut akan berlangsung mulai 7 Oktober hingga 17 Oktober 2017 bermula jam 12.00 tengahari sehingga 10.00 malam. Pelbagai jenis jualan yang ditawarkan kepada pengunjung antaranya kain sari, baju punjabi dan aksesori untuk wanita seperti rantai, gelang dan pelbagai lagi.

Orang ramai yang berhasrat untuk datang ke karnival boleh menggunakan pengangkutan awam, LRT Bukit Jalil dan bagi yang ingin menggunakan kenderaan persendirian boleh meletakkan kenderaan di padang letak kereta B yang berhampiran dengan tapak karnival tersebut.

 

2 3 4

Lawatan Tuanku Raja Muda Perlis Ke KL Sports City

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2017 – Tuanku Raja Muda Perlis , Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah mengadakan aktiviti kayuhan basikal bersama-sama ahli kumpulan sejauh 29 km di sekitar Bukit Jalil. Aktiviti kayuhan basikal di perkarangan pintu masuk kanan Stadium Nasional.

Tuanku Raja Muda turut berkenan melawat sekitar KL Sports City dan menyakskan sukan polo di Pusat Akuatik Nasional selepas berakhir aktiviti kayuhan basikal pihak Gloria Jeans telah memberikan tajaan sarapan pagi kepada Tuanku dan pasukan kayuhan basikal baginda

  

Lawatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Ke KL Sports City

Kuala Lumpur, 27 September 2017 – Seramai 50 orang kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan lawatan kerja ke KL Sports City.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan memberi pendedahan kepada semua kakitangan MADA berkaitan fasiliti dan kemudahan terbaharu yang terdapat di KL Sports City.

Antara tempat yang dilawati adalah Stadium Nasional, kawasan Plaza, Pusat Akuatik Nasional dan Axiata Arena.

  

Kunjungan YABhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan YABhg Tun Jeanne Abdullah ke KL Sports City

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2017 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah menerima kunjungan daripada Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah ke KL Sports City. Kunjungan ini  bertujuan untuk bagi melihat persiapan awal sempena menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Lawatan telah diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman dan Pengurus Projek MRCB, Encik S. Nagunalingam. Turut hadir pada sesi lawatan ini ialah YBhg Dato Hj. Mohamad Sahfri Ab Aziz, Pengerusi PSM dan beberapa orang ahli lembaga PSM dan pegawai-pegawai dari Majlis Sukan Negara.

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan isteri juga di bawa melawat ke sekitar KL Sports City dan seterusnya meniklmati jamuan makan tengahari di Majlis Sukan Negara.

 

Kunjungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Ke KL Sports City

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2017 – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah sudi berkenan untuk melawat ke KL Sports City bagi meninjau kemudahan yang telah dinaik taraf sempena menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Kunjungan Baginda disambut mesra oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan diiringi Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz dan beberapa pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan.

Sejurus tiba di Stadium Nasional, DYMM Sultan telah dibawa ke Corporate Suite di aras 3M bagi mendengar sesi taklimat Pembangunan semula infrastruktur di KL Sports City yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman.

Baginda kemudian turut melawat ke Axiata Arena dan menikmati santapan ringan yang telah disediakan.

 

 

Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Kuala Lumpur, 16 Mei 2017 – Sambutan ulang tahun UMNO ke-71 telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 MEI 2017 dengan kemuncak sambutan ialah majlis perasmian oleh YAB Perdana Menteri yang juga Presdien UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Ia merupakan sambutan yang terbesar untuk sejarah sambutan UMNO. Ramai yang hadir dari seluruh negeri untuk memeriahkan lagi sambutan pada kali ini.

Sambutan pada kali ini berkonsepkan keagamaan seperti aktiviti tazkirah bersama YBhg. Ustaz Dato Hj. Badlishah Alauddin dan solat berjemaah bersama anak-anak tahfiz yang di imamkan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Selain daripada itu, sambutan dihangatkan lagi dengan larian sambil membawa Bendera UMNO ke dalam Stadium Nasional yang diketuai oleh YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Larian ini merupakan simbolik penutup Larian Bendera UMNO yang telah dilakukan dibeberapa negeri pada sebelum ini.

Pada masa yang sama juga, turut berlangsungnya Karnival Wow di Padang Letak Kereta B yang turut memeriahkan lagi Sambutan Ulangtahun UMNO ke 71.

Lawatan Y.A.B Perdana Menteri Ke Stadium Nasional

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melawat ke tapak projek pembangunan semula Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil pada 8 Mei 2017. Lawatan yang diketuai sendiri oleh YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin telah membawa YAB Dato’ Sri Mohd Najib untuk meninjau sekitar Stadium Nasional sehinggalah ke Axiata Arena. YAB Dato’ Sri Mohd Najib juga sempat meninjau sesi raptai sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke 71 yang akan berlangsung pada 11 Mei 2017.

 

18320802 1314114575310615 8721297339204686828 o   18358696 1314114571977282 357465433137223646 o

Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Perbadanan Stadium Malaysia (AGM-PSM)

Kuala Lumpur, 28 Mac – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PUSPANITA Peringkat Perbadanan Stadium Malaysia telah diadakan dengan jayanya. Ucapan terima kasih kepada Encik Azman Fahmi Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PSM selaku penaung dan penasihat PUSPANITA PSM yang turut sama hadir memeriahkan lagi majlis tersebut. Mesyuarat ini telah diadakan di bilik mesyuarat pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Pada kali ini, PUSPANITA PSM telah membuat lantikan ahli jawatankuasa baru bagi tahun 2017- 2019 setelah pembubaran membubarkan ahli jawatankuasa lama. Selain itu sesi perbincangan bagi memajukan lagi PUSPANITA PSM turut diadakan bersama dengan ahli bagi mendengar usul dan cadangan yang baru bagi memantapkan lagi barisan PUSPANITA PSM.

Semoga PUSPANITA PSM terus maju jaya pada masa akan datang dengan pelbagai aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada semua ahlinya.

 

2   3

4

Program Public Health Campaign - Antimicrobial Resistance awareness Public Health Campaign

Kuala Lumpur, 18 Mac – Hasil dari kolabrasi di antara  Pihak International Medical University  selaku tuan rumah bersama Monash University dan Perbadanan Stadium Malaysia telah berjaya mengadakan satu program Public Health Campaign bertempat di Taman Rekreasi Bukit Komanwel Bukit Jalil. Program ini bermula seawal 9 pagi hingga 12 tengahari.

Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam berkenaan pengambilan ubat dan kesannya. Antara aktiviti yang turut diadakan semasa program tersebut adalah kuiz, permainanan dan ikrar untuk menentang rintangan antibiotik. Selain daripada itu, orang awam yang melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan turut menerima saguhati sebagai tanda penghargaan.

 

2   3

 

Bengkel Penyelarasan Kontrak Kebersihan Perbadanan Stadium Malaysia

Kuala Lumpur, 9 Mac 2017 - Perbadanan Stadium Malaysia telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Kontrak Kebersihan bertempat di Training Room 1, Innovation House Taman Teknologi Malaysia. Bengkel yang berlangsung selama dua hari iaitu dari 8 Mac hingga 9 Mac 2017 telah di hadiri oleh seramai 15 orang kakitangan PSM.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada kakitangan dalam menyelaras tender dan sebutharga kebersihan PSM.

Semoga bengkel yang telah diadakan ini dapat dimanfaatkan oleh kakitangan yang terlibat dalam menjalankan tugas.

Muka 5 dari 6
Go to top