warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

09Mac2018

Kuala Lumpur , 09 Mac 2018 – Stadium Nasional di banjiri oleh seramai 20,000 orang penonton bagi menyaksikan tayangan perdana filem Lee Chong Wei: Menjulang Kejuaran. Tayangan yang menggunakan skrin berukuran 40m x 17 merupakan yang julung kali diadakan di Stadium Nasional dan turut mencipta sejarah apabila turut dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records dan Asia Of Records.

Tayangan perdana ini menyaksikan perjalanan hidup seorang wira Negara dalam Sukan Badminton Malaysia. Datuk Lee Chong Wei bersama isteri dan dua anak beliau turut membuat kemunculan pada acara permaidani merah sebelum tayangan filem bermula.

Filem Lee Chong Wei ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Negara mulai 15 Mac 2018

lcw1

13Jan2018

Kuala Lumpur, 13 Januari 2018 – Stadium Nasional dipilih menjadi venue bagi Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa, Super Cup 2018. Kejohanan itu merupakan yang pertama diadakan di Stadium Nasional pada tahun ini selepas projek naik taraf pembangunan KL Sports City Fasa 1 siap.

Kejohanan ini menyaksikan perlawanan secara round robin yang melibatkan tiga pasukan iaitu Persija Jakarta, Ratchaburi MITR Phol FC Thailand dan Kelantan yang telah diberi mandat untuk mewakili Malaysia.

Keputusan perlawanan pertama semalam telah menyaksikan perlawanan antara Persija Jakarta 3 dan 1 Ratchaburi MITR Phol FC Thailand. Perlawanan akan diteruskan lagi pada 16 Januari 2017 yang menyaksikan Kelantan FA menentang Persija, Jakarta dan seterusnya pada 20 Januari 2018 Kelantan FA menentang Ratchaburi MITR Phol FC.

18Mei2017

Kuala Lumpur, 16 Mei 2017 – Sambutan ulang tahun UMNO ke-71 telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 MEI 2017 dengan kemuncak sambutan ialah majlis perasmian oleh YAB Perdana Menteri yang juga Presdien UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Ia merupakan sambutan yang terbesar untuk sejarah sambutan UMNO. Ramai yang hadir dari seluruh negeri untuk memeriahkan lagi sambutan pada kali ini.

Sambutan pada kali ini berkonsepkan keagamaan seperti aktiviti tazkirah bersama YBhg. Ustaz Dato Hj. Badlishah Alauddin dan solat berjemaah bersama anak-anak tahfiz yang di imamkan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Selain daripada itu, sambutan dihangatkan lagi dengan larian sambil membawa Bendera UMNO ke dalam Stadium Nasional yang diketuai oleh YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Larian ini merupakan simbolik penutup Larian Bendera UMNO yang telah dilakukan dibeberapa negeri pada sebelum ini.

Pada masa yang sama juga, turut berlangsungnya Karnival Wow di Padang Letak Kereta B yang turut memeriahkan lagi Sambutan Ulangtahun UMNO ke 71.

05Feb2017

Program Perangi Nyamuk Aedes

Satu program membasmi nyamuk Aedes telah di lakukan pagi tadi di sekitar Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Program ini di adakan memandangkan terdapat peningkatan jangkitan penyakit demam denggi di kalangan penduduk setempat.

Aktiviti utama program ini adalah semburan kabus atau 'fogging'. Semburan 'fogging' di jalankan seawal jam 7.15 pagi. Antara kawasan terlibat di dalam semburan ini adalah Majlis Sukan Negara dan Vista MSN serta venue-venue di KSN termasuk Stadium Nasional, Axiata Arena, Stadium Hoki Nasional, Pusat Akuatik Nasional serta Bukit Komanwel.

Antara agensi yang terlibat di dalam program ini adalah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kontraktor yang di lantik bagi penyemburan 'fogging'.

16422711 1224424254279648 6066288459549146160 o

Go to top