warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 705
29Mac2018

Kuantan, 29 Mac 2018 – Majlis penyerahan Akademi Bola Sepak Dahari, Gambang dengan rasminya diserahkan kepada Majlis Sukan Negara. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato Haji Ahmad Halmi Harun mewakili Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan YBhg Dato Haji Ahmad Shapawi dari Majlis Sukan Negara bertempat di Bilik Mesyuarat Akademi tersebut.

 

2

11Mac2018

Kuala Lumpur, 11 Mac 2018 – Pusat Akuatik Geelong Australia menganjurkan satu program pengenalan aktiviti renang yang diberi nama Baby & Me di Pusat Akuatik Nasional KL Sports City.

Program telah melibatkan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4 tahun ke bawah yang di awasi oleh ibu-bapa di dalam kolam renang tersebut sewaktu acara dijalankan dan dibantu oleh jurulatih yang berpengalaman dari Australia. Pelatih-pelatih ini mempunyai kepakaran dalam melatih kanak-kanak yang masih kecil. Selain itu, kolam renang tersebut amat bersesuaian untuk kanak-kanak yang masih kecil dengan kemudahan moving floor di mana kedalaman kolam tersebut dapat diselaraskan mengikut keperluan program.

 

baby2

08Mac2018

Kuala Lumpur, 08 Mac 2018 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) memetrai memorandum persefahaman melalui satu majlis yang diadakan di Stadium Nasional, Kl Sports City.

Memorandum untuk tempoh selama 5 tahun ini bertujuan untuk menggunakan bidang pengurusan dan penganjuran sukan di KL Sports City. Kerjasama ini juga bakal memberi manfaat dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan, perniagaan, kepakaran yang merangkumi aspek pertanian reka bentuk, perhutanan dan hortikultur.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Naib Canselor UPM iaitu Yang Berbahagia Profesor Datin Sri Paduka Dr. Aini Ideris di iringi pegawai-pegawai dari UPM. Ketibaan tersebut telah di sambut mesra oleh Encik Azman Fahmi Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PSM.

 

upm

05Nov2017

Kuala Lumpur, 5 November 2017 – Sidang media Natchathira Vizha 2018 telah berlangsung di ruang legar Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City. Sidang media ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ M.Saravanan. Turut hadir tetamu utama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman.

Konsert Natchira Vizha yang dijadualkan berlangsung pada 6 Januari 2018 bakal menampilkan artis-artis terkenal dari Selatan India seperti Kamal Hassan , Rajanikanth,Ulaga Nayagan dan ramai lagi. Dianggarkan seramai lebih 30,000 orang peminat yang akan mebanjiri Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

 1 4 5

14Nov2017

Kuala Lumpur,14 November 2017 – Sportsfix peneraju dalam platform penstriman Over The Top (OTT) mudah alih di rantau ASEAN telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat media antarabangsa MP dan Silva bagi menyiarkan perlawanan Liga Serie A Tim Itali untuk musim 2017 dan 2018.

Sportsfix telah menandatangani perjanjian dengan pemegang hak media antarabangsa liga Itali dengan menyiarkan tiga perlawanan secara langsung setiap minggu kepada peminat di Malaysia melalui platform Sportsfix bermula pada November 2017

Sidang media ini  diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Sportsfix di Malaysia selain dari mempromosikan penyiaran Perlawanan Liga Serie A Tim Itali untuk peminat di Malaysia.

Sportfix juga turut memaklumkan bahawa telah menyiarkan perlawanan persahabatan pra musim untuk pasukan dari Serie A Tim Liga Perdanan Inggeris, Bundesliga dan La Liga Santander pada Ogos lalu.

 

2 3

08Nov2017

Kuala Lumpur, 8 November 2017 – Sebagai tanda sokongan kepada kemenangan altit negara, Program Satu Pingat, Satu  Pokok telah diadakan sebagai simbolik kemenangan pingat emas KL2017.


Penanaman anak pokok telah berlangsung di lokasi utama iaitu di kawasan Plaza KL Sports City (KLSC). Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jeneral Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Landskap Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Timbalan Pengarah Urusan SCGM Berhad, Dato’ Seri Lee Hock Guan; Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat), Tenaga Nasional Berhad, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amindan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017, Dato’ Seri Zolkples Embong.


Selain daripada menanam pokok untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan, bilangan pokok yang akan ditanam juga adalah mengikut bilangan pingat emas, perak dan gangsa yang telah ditawarkan pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang lepas.

 

3 5

07Okt2017

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2017 – Sempena menjelang Sambutan Hari Depavali tidak lama lagi, Agenda Suria Communication Sendirian Berhad telah menganjurkan Karnival Depavali 2017 yang terletak di padang letak kereta B, KL Sports City.

Karnival tersebut akan berlangsung mulai 7 Oktober hingga 17 Oktober 2017 bermula jam 12.00 tengahari sehingga 10.00 malam. Pelbagai jenis jualan yang ditawarkan kepada pengunjung antaranya kain sari, baju punjabi dan aksesori untuk wanita seperti rantai, gelang dan pelbagai lagi.

Orang ramai yang berhasrat untuk datang ke karnival boleh menggunakan pengangkutan awam, LRT Bukit Jalil dan bagi yang ingin menggunakan kenderaan persendirian boleh meletakkan kenderaan di padang letak kereta B yang berhampiran dengan tapak karnival tersebut.

 

2 3 4

20Ogos2017

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2017 – Tuanku Raja Muda Perlis , Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah mengadakan aktiviti kayuhan basikal bersama-sama ahli kumpulan sejauh 29 km di sekitar Bukit Jalil. Aktiviti kayuhan basikal di perkarangan pintu masuk kanan Stadium Nasional.

Tuanku Raja Muda turut berkenan melawat sekitar KL Sports City dan menyakskan sukan polo di Pusat Akuatik Nasional selepas berakhir aktiviti kayuhan basikal pihak Gloria Jeans telah memberikan tajaan sarapan pagi kepada Tuanku dan pasukan kayuhan basikal baginda

  

27Sep2017

Kuala Lumpur, 27 September 2017 – Seramai 50 orang kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan lawatan kerja ke KL Sports City.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan memberi pendedahan kepada semua kakitangan MADA berkaitan fasiliti dan kemudahan terbaharu yang terdapat di KL Sports City.

Antara tempat yang dilawati adalah Stadium Nasional, kawasan Plaza, Pusat Akuatik Nasional dan Axiata Arena.

  

15Ogos2017

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2017 – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah sudi berkenan untuk melawat ke KL Sports City bagi meninjau kemudahan yang telah dinaik taraf sempena menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Kunjungan Baginda disambut mesra oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan diiringi Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz dan beberapa pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan.

Sejurus tiba di Stadium Nasional, DYMM Sultan telah dibawa ke Corporate Suite di aras 3M bagi mendengar sesi taklimat Pembangunan semula infrastruktur di KL Sports City yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman.

Baginda kemudian turut melawat ke Axiata Arena dan menikmati santapan ringan yang telah disediakan.

 

 

Muka 1 dari 2
Go to top