warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

06Jan2018

Kuala Lumpur, 6 Januari 2018 -  Dua bintang terkenal dari India Rajinikanth dan Kamal Hassan telah tiba di Malaysia sempena Konsert Natchathira Vizha 2018 yang berlangsung di Stadium Nasional. Selain itu, beberapa orang artis lain turut menampilkan persembahan hebat seperti Urya, Vishal, Karthi, Sivakarthikeyan, Vijay Sethupathi, Aarya, Jeeva, Nayanthara, Tamanna dan Hansika

natchathira vizha 2

 

Natchathira Vizha 2018 telah membawa kelainan dengan menggabungkan persembahan nyanyian, tarian, perlawanan kriket dan bola sepak di antara artis dari Selatan India dengan artis tempatan. Acara ini telah bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam.

Ramai peminat yang datang ke Stadium Nasional tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan aktor dan aktres kegemaran mereka. Walaupun terdapat pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang hari tersebut, orang ramai tetap berpuas hati kerana penyediaan fasiliti yang lengkap di dalam Stadium Nasional serta terdapat jualan food truck di dalam Stadium untuk memudahkan pengunjung mendapatkan makanan dan  minuman.

17Dis2017

Kuala Lumpur, 17 Disember 2017 – Kejohanan FIM Asia Supermoto yang berlangsung di KL Sports City telah mendapat sambutan di kalangan peminat-peminat sukan motosikal.

Kejohanan ini mempamerkan aksi-aksi hebat dari setiap peserta dan pelumba Negara, Khairi Zakaria telah muncul di tempat ketiga apabila tewas dengan pelumba dari Denmark. Walaubagaimanapun, Khairi telah dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia mengatasi peserta dari Thailand. E-Plus Global merupakan penganjur utama bagi kejohanan ini.

12Dis2017

Kuala Lumpur, 12 Disember 2017 – Majlis menandatangani Perjanjian Usahasama di antara F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berlangsung di perkarangan Stadium Nasional KL Sports City. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia. YB Brig Jeneral Khairy Jamaluddin serta turut dihadiri oleh pegawai PSM, Ybhg Dato’ Hj Mohd Sahfri Ab. Azis serta lain-lain jemputan bagi memeriahkan majlis.

Perjanjian Usahasama selama 5 tahun ini memberikan hak ekslusif kepada 100 Plus untuk promosi produk minumannya di KLSC termasuklah semua cawangan seperti Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Setiawangsa. Penyediaan kiosk –kiosk adalah milik 100 Plus.

Pada majlis tersebut juga, trek larian dan berbasikal sepanjang 1400 meter di sekeliling Stadium Nasional telah di cat dengan warna rasmi 100 Plus.

05Nov2017

Kuala Lumpur, 5 November 2017 – Sidang media Natchathira Vizha 2018 telah berlangsung di ruang legar Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City. Sidang media ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ M.Saravanan. Turut hadir tetamu utama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman.

Konsert Natchira Vizha yang dijadualkan berlangsung pada 6 Januari 2018 bakal menampilkan artis-artis terkenal dari Selatan India seperti Kamal Hassan , Rajanikanth,Ulaga Nayagan dan ramai lagi. Dianggarkan seramai lebih 30,000 orang peminat yang akan mebanjiri Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

 1 4 5

07Okt2017

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2017 – Sempena menjelang Sambutan Hari Depavali tidak lama lagi, Agenda Suria Communication Sendirian Berhad telah menganjurkan Karnival Depavali 2017 yang terletak di padang letak kereta B, KL Sports City.

Karnival tersebut akan berlangsung mulai 7 Oktober hingga 17 Oktober 2017 bermula jam 12.00 tengahari sehingga 10.00 malam. Pelbagai jenis jualan yang ditawarkan kepada pengunjung antaranya kain sari, baju punjabi dan aksesori untuk wanita seperti rantai, gelang dan pelbagai lagi.

Orang ramai yang berhasrat untuk datang ke karnival boleh menggunakan pengangkutan awam, LRT Bukit Jalil dan bagi yang ingin menggunakan kenderaan persendirian boleh meletakkan kenderaan di padang letak kereta B yang berhampiran dengan tapak karnival tersebut.

 

2 3 4

20Ogos2017

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2017 – Tuanku Raja Muda Perlis , Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah mengadakan aktiviti kayuhan basikal bersama-sama ahli kumpulan sejauh 29 km di sekitar Bukit Jalil. Aktiviti kayuhan basikal di perkarangan pintu masuk kanan Stadium Nasional.

Tuanku Raja Muda turut berkenan melawat sekitar KL Sports City dan menyakskan sukan polo di Pusat Akuatik Nasional selepas berakhir aktiviti kayuhan basikal pihak Gloria Jeans telah memberikan tajaan sarapan pagi kepada Tuanku dan pasukan kayuhan basikal baginda

  

27Sep2017

Kuala Lumpur, 27 September 2017 – Seramai 50 orang kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan lawatan kerja ke KL Sports City.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan memberi pendedahan kepada semua kakitangan MADA berkaitan fasiliti dan kemudahan terbaharu yang terdapat di KL Sports City.

Antara tempat yang dilawati adalah Stadium Nasional, kawasan Plaza, Pusat Akuatik Nasional dan Axiata Arena.

  

15Ogos2017

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2017 – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah sudi berkenan untuk melawat ke KL Sports City bagi meninjau kemudahan yang telah dinaik taraf sempena menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Kunjungan Baginda disambut mesra oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan diiringi Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz dan beberapa pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan.

Sejurus tiba di Stadium Nasional, DYMM Sultan telah dibawa ke Corporate Suite di aras 3M bagi mendengar sesi taklimat Pembangunan semula infrastruktur di KL Sports City yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Azman Fahmi Osman.

Baginda kemudian turut melawat ke Axiata Arena dan menikmati santapan ringan yang telah disediakan.

 

 

Go to top