warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

08Nov2017

Kuala Lumpur, 8 November 2017 – Sebagai tanda sokongan kepada kemenangan altit negara, Program Satu Pingat, Satu  Pokok telah diadakan sebagai simbolik kemenangan pingat emas KL2017.


Penanaman anak pokok telah berlangsung di lokasi utama iaitu di kawasan Plaza KL Sports City (KLSC). Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jeneral Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Landskap Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Timbalan Pengarah Urusan SCGM Berhad, Dato’ Seri Lee Hock Guan; Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat), Tenaga Nasional Berhad, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amindan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017, Dato’ Seri Zolkples Embong.


Selain daripada menanam pokok untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan, bilangan pokok yang akan ditanam juga adalah mengikut bilangan pingat emas, perak dan gangsa yang telah ditawarkan pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang lepas.

 

3 5

31Jan2017

31 Januari 2016 - Sebentar tadi telah berlangsungnya sidang akhbar Status Kawalan Wabak Denggi di Sekitar Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil bertempat di Casa 1, MSN.

Tujuan sidang akhbar ini diadakan bagi berkongsi gerak kerja dan status terkini berkenaan wabak denggi yang melanda. Untuk pengetahuan umum satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi perlaksanaan gerak gempur Aedes. Antara zon yang terlibat adalah MSN dan ISN,kawasan tapak pembinaan KL Sport City,Sekolah Sukan Bukit Jalil,kawasan Tapak Pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M),dan sekitar Sungai Kuyoh.

Dilaporkan sepanjang bulan Januari 2017, sebanyak 17 kes denggi telah disahkan yang melibatkan 9 kes yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MSN dan ISN serta ahli keluarga mereka yang tinggal di Vista MSN. 8 kes lagi melibatkan atlit dan jurulatih yang tinggal di SSBJ, Casa MSN dan asrama Technology Park Malaysia.

P/s : Dinasihatkan orang ramai supaya segera untuk mendapatkan rawatan awal jika mengalami simptom denggi.

05Feb2017

Program Perangi Nyamuk Aedes

Satu program membasmi nyamuk Aedes telah di lakukan pagi tadi di sekitar Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Program ini di adakan memandangkan terdapat peningkatan jangkitan penyakit demam denggi di kalangan penduduk setempat.

Aktiviti utama program ini adalah semburan kabus atau 'fogging'. Semburan 'fogging' di jalankan seawal jam 7.15 pagi. Antara kawasan terlibat di dalam semburan ini adalah Majlis Sukan Negara dan Vista MSN serta venue-venue di KSN termasuk Stadium Nasional, Axiata Arena, Stadium Hoki Nasional, Pusat Akuatik Nasional serta Bukit Komanwel.

Antara agensi yang terlibat di dalam program ini adalah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kontraktor yang di lantik bagi penyemburan 'fogging'.

16422711 1224424254279648 6066288459549146160 o

16Jan2017

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2017 - Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mencipta sejarah sebagai pengurusan venue pertama di Malaysia yang melaksanakan Venue Naming Rights (Hak Penamaan Stadium)  ke atas Stadium Putra Bukit Jalil. Venue Naming Rights ini adalah kerjasama di antara PSM dengan pihak Axiata Group Berhad melalui perjanjian selama 10 tahun yang bernilai RM55 juta. Majlis Pelancaran tersebut telah diadakan pada 16 Januari 2017 bertempat di Axiata Tower yang dirasmikan oleh YB Brigadier Jeneral Encik Khairy Jamaluddin. 

15

Go to top