Anugerah Meletop ERA 2018
Kuala Lumpur, 08 April 2018 – Anugerah Meletop Era yang telah berlangsung dengan penuh gilang- gemilang di Axiata Arena berakhir dengan mengiktiraf aktres Neelofa dan penyanyi Khai Bahar sebagai pemenang utama kategori artis Top Top Meletop pada tahun ini.
Acara hiburan ini turut dimeriahkan lagi dengan penampilan artis popular tanah air di karpet merah dengan menggayakan pakaian mengikut tema blactie classic. Selain itu, acara diserikan lagi dengan persembahan hebat dari penyanyi senior seperti Datuk Ramli Sarip,Fransissca Petter, Gersang , Ruffedge dan ramai lagi.
Manifesto Barisan Nasional di Axiata Arena
Kuala Lumpur, 07 April 2018 – Barisan Nasional telah melancarkan manifesto bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke- 14 di Axiata Arena KL Sports City. Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak membentangkan kandungan manifesto pada majlis pelancaran tersebut yang bermula jam 8.30 malam
Selain itu, pada sebelah siangnya beberapa program menarik turut diadakan antaranya persembahan artis popular tempatan serta hidangan makanan percuma yang disediakan oleh lebih 100 peniaga food truck.
Subway Kini Dibuka Di Axiata Arena
Kuala Lumpur, 06 April 2018 – Subway merupakan sebuah syarikat makanan segera berkonsepkan sandwich kini dibuka di Axiata Arena KL Sports City. Majlis pembukaan buat pertama kalinya hari ini telah memberikan subway secara percuma kepada orang yang hadir.
Rangkaian francais subway telah beroperasi bermula hari ini di dalam stadium dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Kini, Orang ramai yang berkunjung di sekitar KL Sports City boleh menikmati pelbagai menu sandwich yang ditawarkan.
Kempen Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2018
Kuala Lumpur, 02 April 2018 – Tanda sokongan untuk menjayakan Kempen Autisme Sedunia 2018, Perbadanan Stadium Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif dengan menghidupkan lampu facade dengan warna biru di Stadium Nasional pada waktu malam manakala kakitangan PSM digalakkan memakai baju berwarna biru sempena warna tema kempen tersebut.
Menerusi kempen ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap gangguan neurologi ini. Dengan sokongan yang sewajarnya pasti kanak-kanak autistik ini juga boleh mencapai impian mereka.
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 'A' Malaysia vs Bhutan
Kuala Lumpur, 1 April 2018 - Pasukan Harimau Malaya berjaya memperoleh kemenangan besar setelah berjaya menewaskan Bhutan 7- 0 di Stadium Nasional KL Sports City dengan keputusan akhir Malaysia 7 – 0 Bhutan.
Kemenangan ini pastinya mampu menaikkan semangat pemain negara yang sebelum ini menerima kritikan daripada peminat bola sepak.