warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Perbadanan Stadium Malaysia - Items filtered by date: Disember 2017

Kuala Lumpur, 19 Disember 2017 – Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan ke-39 telah berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara . Kejohanan ini berlangsung dari 19 Disember 2017 hingga 22 Disember 2017.

Perlawanan sengit yang mempamerkan aksi hebat dari para peserta telah membuahkan hasil dengan kemenangan yang diraih oleh Pasukan bola jaring dari Kuala Lumpur manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Pasukan dari Negeri Terengganu dan seterusnya tempat ketiga dari Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perlawanan sengit yang mempamerkan aksi hebat dari para peserta telah membuahkan hasil dengan kemenangan yang diraih oleh Pasukan bola jaring dari Kuala Lumpur manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Pasukan dari Negeri Terengganu dan seterusnya tempat ketiga dari Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Published in Arkib Berita

Kuala Lumpur, 17 Disember 2017 – Kejohanan FIM Asia Supermoto yang berlangsung di KL Sports City telah mendapat sambutan di kalangan peminat-peminat sukan motosikal.

Kejohanan ini mempamerkan aksi-aksi hebat dari setiap peserta dan pelumba Negara, Khairi Zakaria telah muncul di tempat ketiga apabila tewas dengan pelumba dari Denmark. Walaubagaimanapun, Khairi telah dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia mengatasi peserta dari Thailand. E-Plus Global merupakan penganjur utama bagi kejohanan ini.

Published in Arkib Berita

Kuala Lumpur, 12 Disember 2017 – Majlis menandatangani Perjanjian Usahasama di antara F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berlangsung di perkarangan Stadium Nasional KL Sports City. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia. YB Brig Jeneral Khairy Jamaluddin serta turut dihadiri oleh pegawai PSM, Ybhg Dato’ Hj Mohd Sahfri Ab. Azis serta lain-lain jemputan bagi memeriahkan majlis.

Perjanjian Usahasama selama 5 tahun ini memberikan hak ekslusif kepada 100 Plus untuk promosi produk minumannya di KLSC termasuklah semua cawangan seperti Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Setiawangsa. Penyediaan kiosk –kiosk adalah milik 100 Plus.

Pada majlis tersebut juga, trek larian dan berbasikal sepanjang 1400 meter di sekeliling Stadium Nasional telah di cat dengan warna rasmi 100 Plus.

Published in Arkib Berita
Go to top