warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709)

Suatu Akta untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya

Akta ini terpakai bagi mana-mana orang yang memproses; dan mana-mana orang yang mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan, atau apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial.

MAKSUD DATA PERIBADI

Data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang digunakan di dalam transaksi komersial yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang subjek data yang dikenalpasti daripada maklumat tersebut. Data tersebut boleh direkodkan sama ada secara manual atau elektronik meliputi perkara-perkara objektif dan juga subjektif tanpa mengira sumber maklumat itu diperolehi meliputi maklumat asas (contohnya nama, alamat dan nombor kad pengenalan) sehinggalah ke maklumat sensitif (contohnya rekod perubatan dan tahap kesihatan) atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.

Antara contoh "data peribadi" adalah seperti:-

  • Nama dan Alamat
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Passport
  • Maklumat Kesihatan
  • E-mel
  • Gambar
  • Imej dalam Rakaman Litar Tertutup (CCTV)
  • Maklumat dalam Fail Peribadi
  • Butiran Akaun Bank
  • Butiran Kad Kredit
  • Maklumat Kesihan (sensitif) contohnya, Penjenisan Darah, Rekod atau Huraian Kesihatan sehinggalah ke Maklumat-Maklumat sensitif seperti Kepercayaan Politik, Kepercayaan Agama, Keadaan Fizikal atau Mental atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan oleh Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.

DATA PERIBADI SENSITIF

Data peribadi sensitif bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat mengenai kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya perlakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709)

Go to top