warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

Mungkin anda tidak percaya bahawa Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil terletak di kawasan yang amat strategik untuk tujuan sebarang jenis sukan mahu pun hiburan. Ini kerana Kompleks Sukan di kelilingi dengan kemudahan asas terutamanya kemudahan awam dan terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur.

Terdapat 2 stesen LRT yang terletak berhampiran dengan kompleks ini iaitu Stesen LRT Bukit Jalil Dan Stesen LRT Sri Petaling. Kompleks Sukan ini juga dihubungkan dengan lebuhraya MEX , KESAS dan berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

LRT

Kemudahan asas ini di uruskan oleh syarikat MYRapid. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web myrapid.com.my. atau talian bantuan di nombor 03-7885 2585.

Bas

MYRapid merupakan pengendali utama perkhidmatan awam untuk menghubungkan orang ramai dari satu tempat ke tempat yang lain. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web myrapid.com.my. atau talian bantuan di nombor 03-7885 2585.

Kereta

Secara puratanya Kompleks Sukan Negara menyediakan lebih kurang 4000. Ianya terbahagi kepada Tempat letak kereta A, B, C, D, F.
Go to top