warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

  • Kompleks Sukan Panasonic pada asalnya adalah sebuah organisasi kerjasama yang ditubuhkan oleh Kumpulan syarikat Panasonic pada tahun 1991 sempena hari ulang tahun ke 25 Panasonic di Malaysia dan secara rasminya dibuka pada bulan Oktober 1991 oleh mantan Timbalan Perdana Menteri ,Tun Abdul Ghafar bin Baba. Jumlah pelaburan bagi kemudahan sukan yang dibina di atas tanah seluas 15.3 hektar ini adalah sebanyak RM34 juta.

    Kompleks Sukan Panasonic mempunyai reka bentuk berkonsep terbuka yang berteknologi tinggi dan bercirikan Malaysia serta menjadi kebanggaan sebagai pusat sukan milik persendirian yang terbesar di negara ini. Kompleks sukan pelbagai guna yang bernilai jutaan ringgit ini pada asalnya dibina untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan umum pekerja Panasonic melalui sukan dan aktiviti rekreasi. Kompleks Sukan Panasonic ini menawarkan kemudahan sukan ‘indoor’ dan ‘outdoor’.

    Kemudahan ‘outdoor’ yang disediakan terdiri daripada:
    • 400 meter trek olahraga sintetik dengan ruangan VIP dan tempat duduk utama yang dapat menampung 2000 penonton
    • 2 gelanggang bola sepak, 1 gelanggang sintetik menjadi ‘Floodlit Pitch’ dikelilingi oleh trek olahraga
    • 2 Gelanggang Tenis
    • 3 gelanggang sepak takraw
    • 2 gelanggang bola jaring
    • Sebuah kolam renang bersaiz olimpik yang dilengkapi dengan sistem pencahayaan dari bawah.
    • Sebuah kolam yang berasingan untuk kanak-kanak.
    • Utiliti
  • Kemudahan di ruangan dalam stadium pula terdiri daripada ruang arena yang tidak berhawa dingin dapat menampung 1400 orang penonton bagi acara sukan dan boleh juga memuatkan sehingga 3400 orang bagi acara bukan sukan. Dengan keluasan 1730 meter persegi, arena ini dapat memuatkan sebanyak 10 gelanggang badminton, atau 2 gelanggang bola keranjang, atau 3 gelanggang bola tampar, atau 2 gelanggang futsal, atau 2 gelanggang bola jaring atau juga 6 gelanggang ping pong pada satu masa. Ia juga dilengkapi dengan ‘floating floor system’ yang bertindak sebagai penyerap gegaran yang mampu memberikan perlindungan dan membantu meminimumkan kecederaan.

    Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan termasuk:
    • Bilik Persidangan
    • Bilik Latihan Kecergasan
    • Bilik Latihan Serbaguna
    • Klinik
    • Surau
    • Bilik Kawalan
    • Kafetaria
  • Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi SHOOT & SCORE di :

    Perbadanan Stadium Malaysia,
    Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic)
    Jalan Perkilangan Seksyen 21
    40300 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan
    Tel : +603 5541 6933
    Facebook: https://www.facebook.com/shootandscore/
  • Cari kami: 3.056814, 101.547226

    Perbadanan Stadium Malaysia,

    Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic)
    Jalan Perkilangan Seksyen 21
    40300 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan
    Tel : +603 5541 6933

Go to top