Module Toolbar

setiawangsa

  • Kompleks Sukan Setiawangsa yang dirasmikan pada 14 Jun 2014 oleh YB Menteri Belia Dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin adalah merupakan kompleks sukan untuk kegunaan komuniti dan juga atlit di kawasan terbabit.

    Kompleks yang dilengkapi dengan kemudahan trek larian 400 meter x 6 lorong, sebuah padang bola sepak, sebuah kolam renang dan juga sebuah Dewan Tertutup untuk acara-acara dalaman seperti badminton, ping-pong, bola baling dan sebagainya.

    Terletak berdekatan dengan kawasan perumahan dan juga pusat membeli belah di sekitar kawasan Wangsa Maju. Kompleks ini amat sesuai dijadikan venue untuk penganjuran pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi.
  • Berikut adalah kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks Sukan Setiawangsa :-

    1. Mini Stadium / Trek Larian

    Mini Stadium adalah salah satu kemudahan yang disediakan untuk kegunaan acara-acara sukan seperti kejohanan olahraga dan acara-acara rekreasi. Antara kemudahan yang ada di Mini Stadium adalah trek larian sepanjang 400 meter, kawasan lontar peluru, kawasan lompat jauh dan astaka untuk 288 orang penonton pada satu masa.

    2. Padang Bola Sepak

    Kompleks Sukan Setiawangsa juga menyediakan kemudahan padang bolasepak berkeluasan 100 meter x 64 meter. Kemudahan padang bolasepak tersebut menggunakan rumput jenis axonopus (cow grass).

    3. Kolam Renang

    Kemudahan kolam renang adalah salah satu kemudahan yang disediakan di Kompleks Sukan Setiawangsa kepada orang awam. Ciri-ciri fizikal kolam renang adalah bersaiz Olimpik dimana panjang kolam renang tersebut adalah sepanjang 50 meter dan kedalaman kolam renang tersebut adalah 1.5 meter dan 5 meter.

    4. Dewan Tertutup

    Salah satu kemudahan yang tersedia di Kompleks Sukan Setiawangsa adalah Dewan Tertutup yang mana dewan ini mempunyai 9 gelanggang badminton dan menggunakan lantai jenis polyurethane rubberized.
  • Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan di :

    Bahagian Pembangunan Perniagaan,
    L2-E-10, Enterprise 4,
    Aras 2, Technology Park Malaysia,
    Lebuhraya Puchong Sg. Besi, Bukit Jalil,
    57000 Seri Petaling,
    Kuala Lumpur
    Tel : +603 8992 0888
  • wangsa maju

Go to top