warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

  • Kompleks Tenis dilengkapi dengan 13 gelanggang luar (outdoor) dan 3 gelanggang tertutup (indoor). Ianya merupakan venue bagi kejohanan Sukan Sea 1989, Kuala Lumpur.
     
    Gelanggang tertutup boleh memuatkan 3000 penonton dalam satu masa. Jumlah ini merangkumi tempat duduk biasa, tempat duduk mudah alih dan tempat duduk VIP. Ia dilengkapi dengan  sistem pencahayaan lampu limpah berkuasa 1000 lux dan mencapai tahap piawaian International Tennis Federation (ITF) bagi menganjurkan sebarang pertandingan bertaraf antarabangsa. Turut dilengkapi dengan bilik persalinan, bilik doping, bilik media dan bilik-bilik untuk pegawai pertandingan.
     
    Bagi gelanggang luar pula, 8 gelanggang di bawah dan 5 di atas turut menjadi pilihan untuk penganjuran kejohanan di sini, sama ada kejohanan dalam negara mahupun antarabangsa. Antara kejohanan yang telah mengambil tempat di sini adalah Davis Cup, Fed Cup, Wismillak Open, ITF Futures dan banyak lagi. Golongan kurang upaya juga tidak dipinggirkan. Kejohanan seperti Sukan Fespic, Paragames, dan Terbuka Malaysia (O.K.U) turut berlangsung di sini.
  • Antara kemudahan lain yang ada di sini adalah seperti bilik perubatan, bilik sekretariat, bilik seminar dan lounge. Kafe juga disediakan untuk pengunjung menjamu selera di sini. Kawasan letak kereta yang luas boleh menampung sehingga 300 kenderaan bagi satu masa tersedia menanti kunjungan penonton untuk sebarang acara.
     
    Selain itu, Kompleks Tenis turut mempunyai kemudahan penginapan asrama. Bangunan dua tingkat di sini mempunyai 25 bilik dan 12 dorm. Dilengkapi dengan penghawa dingin, boleh memuatkan antara 130 hingga 150 orang. Kemudahan ini disediakan untuk peserta kejohanan, persatuan sukan, rombongan sekolah dan institusi pengajian juga kepada orang awam.
  • Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan di :

    Bahagian Pembangunan Perniagaan,
    L2-E-10, Enterprise 4,
    Aras 2, Technology Park Malaysia,
    Lebuhraya Puchong Sg. Besi, Bukit Jalil,
    57000 Seri Petaling,
    Kuala Lumpur
    Tel : +603 8992 0888

Go to top