Module Toolbar

hokijlnduta

  • Stadium Hoki Tun Razak merupakan Stadium Hoki Astroturf yang pertama di Malaysia. Stadium yang mengambil nama sempena Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Kedua Malaysia telah menyaksikan pelbagai kejohanan bertaraf antarabangsa dan kebangsaan yang diadakan disini.

    Stadium ini telah mula digunakan sejak tahun 1982 dan terus menjadi pilihan kepada para peminat sukan hoki khususnya di Kuala Lumpur untuk bermain hoki di sana.
  • Stadium Hoki Tun Razak ini mempunyai kapasiti penonton hingga 5000 orang pada satu-satu masa. Stadium hoki terbuka ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan lampu limpah berkuasa 1000 lux untuk perlawanan di waktu malam.

    Turut disediakan bilik-bilik persalinan atlit, bilik VIP, bilik mesyuarat, bilik media dan lain-lain lagi.
  • Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan di :

    Bahagian Pembangunan Perniagaan,
    L2-E-10, Enterprise 4,
    Aras 2, Technology Park Malaysia,
    Lebuhraya Puchong Sg. Besi, Bukit Jalil,
    57000 Seri Petaling,
    Kuala Lumpur
    Tel : +603 8992 0888

Go to top