warga_psm
orang_awam

Module Toolbar

  • Stadium Juara yang terletak bersebelahan dengan Pusat Boling Padang Nasional di Bukit Kiara ini adalah merupakan stadium tertutup bersaiz 12,010 meter persegi dan menjadi gelanggang bagi acara bola jaring semasa Sukan Komanwel ke XVI Kuala Lumpur 98’.

    Stadium yang berhawa dingin sepenuhnya ini turut dilengkapi dengan kemudahan lantai kayu (airthrust) yang amat sesuai bagi kegunaan aktiviti sukan dalaman.

    Stadium yang berkapasiti 1000 orang ini turut mempunyai kemudahan papan markah alpha numeric dan sistem lampu limpah dengan keterangan 1200 lux.

    Turut disediakan adalah kemudahan padang letak kereta yang luas bagi memudahkan para pengguna yang menganjurkan aktiviti disini.
  • Stadium Juara yang merupakan sebuah venue tertutup berhawa dingin sepenuhnya turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan berikut iaitu arena bersaiz 50 meter x 50 meter menggunakan lantai kayu (airthrust) dan tempat duduk ‘retractable’ untuk 1000 orang bagi satu-satu masa.

    Selain itu juga turut disediakan bilik-bilik untuk orang kenamaan (VIP), bilik-bilik urusetia, bilik persalinan, surau, tandas di setiap aras dan juga kafetaria untuk menjamu selera. Kemudahan bilik-bilik untuk petugas media juga turut disediakan disamping kemudahan tempat letak kereta yang luas.

    Venue ini juga turut sesuai untuk penggunaan acara sukan dalaman disamping acara-acara seperti majlis perkahwinan, perhimpunan, konsert dan lain-lain lagi.
  • Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan di :

    Bahagian Pembangunan Perniagaan,
    L2-E-10, Enterprise 4,
    Aras 2, Technology Park Malaysia,
    Lebuhraya Puchong Sg. Besi, Bukit Jalil,
    57000 Seri Petaling,
    Kuala Lumpur
    Tel : +603 8992 0888
  • Sedang Dikemaskini

Go to top